✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
Tan Sri Yusoff bergegas bersiap selepas mengetahui khabar tentang anak sulungnya itu. Patutlah tak nampak semalaman dekat rumah. Rupanya tidur di rumah anak bongsunya."Abang nak pergi mana? " Soal Puan Sri Lailatul bila melihat suaminya sedang bersiap.
"Abang nak pergi hospital. Along masuk hospital. Demam. " Ujar Tan Sri Yusoff tanpa memandang isterinya. Telefon dan dompet di capai sebelum bergegas pergi.
"Abang tunggu! Lai nak ikut. "
"Cepat sikit. " Ujar Tan Sri Yusoff.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
SELEPAS tiga puluh minit berada di atas jalan raya, Tan Sri Yusoff tiba di hospital. Mujur saja jalan raya tidak sesak. Bergegas mereka menuju wad yang baru saja jururawat yang menjaga kaunter kongsikan."Assalamualaikum. " Salam diberi pada orang yang berada di dalam wad.
"Waalaikumsalam. " Salam dijawab hampir serentak oleh mereka bertiga.
"Masuklah pa. " Ujar Yuzma yang sibuk memakaikan Yazzid Qaeril jaket selepas lelaki itu mengadu kesejukkan.
"Baringlah. " Ujarnya. Selimut ditarik hingga paras bahu bila lelaki itu sudah selesa baring.
"Along macam mana? "
"Along bebas denggi pa. Keputusan ujian dah keluar tadi. Along cuma demam panas je. Badan letih tak cukup rehat. " Tan Sri Yusoff mengucap syukur. Sempat dipandang anak sulungnya yang sedang memejam mata. Entah tidur entah tidak Yazzid Qaeril tu.
"Denggi apanya, along bukan pergi mana pun. " Lelaki itu bersuara dengan mata terpejam. Pelik-pelik je doktor kawan adiknya itu. Badan dia berbintik merah sebab ruam panas. Bukannya denggi.
"Alah tu kan syak aje. Bukannya betul-betul. Dah kawan adik tu tengok badan along penuh bintik merah. Memanglah dia syak. "
"Bintik merah pun bukannya denggi terus. Ada saja penyebab lain. Kau bukan tak tahu aku mana boleh panas sangat. Ruam tu timbul. Ish! " Sempat lelaki itu merungut. Selimut lagi ditarik ke atas. Yuzma dan Aidan tersengih.
"Dah-dah. Bagi along rehat. " Tegur Tan Sri Yusoff. Tidak mahu anak lelakinya itu bertambah sakit.
"Papa dengan mama dah makan? "
"Belum. "
"Kami pun belum makan lagi ni. " Ujar Yuzma.
"Jomlah makan sama. " Pelawa Tan Sri Yusoff.
"Sayang turunlah makan. Abang nak kena gerak dah ni. Takut lambat masuk kerja. " Ujar Aidan. Pandangannya langsung tidak diangkat sedari tadi.
"Kata tadi belum makan. Abang jamahlah sikit. Nanti abang pula sakit. "
"Tak apa. Abang takut lambat nanti. Abang makan roti aje nanti. Sayang jangan risau. Abang pergi dulu. Assalamualaikum. " Laju saja dia meminta diri atau yang lebih tepat lagi melarikan diri dari Puan Sri Lailatul yang sedari tadi dia perasan wanita itu sedang merenungnya tajam.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...