BAB 36

2.2K 81 3
                                    

Assalamualaikum guys, sorry lama tak update. Baru kali ni berkesempatan setelah urusan peribadi dah selesai dan juga setelah merehatkan minda. Alhamdulillah.

So update akan berjalan seperti biasa, jangan risau. Cerita ni memang akan ada penamat.

Harap awak yang comel² yang hensem² dapat bersabar ya😁. Maklumlah author mu ini selain membahagikan masa pada baby oren, saya juga sibuk dengan dunia Land Of Dawn. Yang tahu tu diam² je la ek🤣

Ok so ni sambungan bab yang seterusnya.

Enjoy!!!!








✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧












          YUZMA dan Aidan berpandangan buat seketika sebelum tersenyum kelat. Risau akan penerimaan pasangan yang akan bersua muka kejap lagi. Risau mereka andai apa yang dirancangkan tidak terjadi seperti yang diingini.

Lantas mereka keluar dari kereta bila ahli keluarga mereka sudah berada diluar. Kelihatan yang lain sedang menunggu mereka. Senyum kecil dilorek.

"Papa. " Seru Yuzma. Tan Sri Yusoff yang tika itu sedang berdiri membelakanginya menoleh ke belakang.

"Ya? " Soal Tan Sri Yusoff.

"Baju papa ni tak kemas. " Jawab Yuzma sebelum mengemaskan baju melayu cekak musang dibadan Tan Sri Yusoff.

"Dah? " Soal Tan Sri Yusoff. Yuzma mengangguk.

"Jom masuk. " Aidan bersuara. Kerutan jelas kelihatan didahi Tan Sri Yusoff. Pelik dia bila selamba saja menantunya itu masuk ke dalam. Tuan rumah tak muncul alih-alih main masuk saja Aidan.

"Jom papa. " Ajak Yuzma menarik lengan Tan Sri Yusoff. Akhirnya Tan Sri Yusoff hanya diam mengekori biarpun kepala sarat memikirkan kepelikkan yang sedang berlaku.

"Eh, masuklah. Paksu tak perasan pula. Sibuk dekat dapur. Masuk-masuk. Bukan tak biasakan? " Pandangan pelik abang iparnya dia tak hiraukan. Tangan bergerak menghidang lauk dan kuih muih. Dalam hati, Lan Amirul Haziq sudah tersenyum lebar. Tidak sabar mahu melihat reaksi pasangan suami isteri itu yang sudah lama tidak bertemu. Gaduh, merajuk macam pasangan masih muda.

"Jom papa. " Ajak Yuzma senyum kecil. Ruang tamu dituju yang sudah cantik dihias.

"Wah! Kek batik. " Teruja dia melihat bekas berisi kuih batik itu. Laju saja tangannya mencapai sepotong lalu disuap ke mulut setelah membaca basmallah.

"Nah sayang. " Aidan menghulur segelas air oren sejuk pada Yuzma.

"Sedap? " Yuzma mengangguk. Rasa teruja makan kek batik tersebut. Rasa terharunya juga muncul kerana mama tak lupa janjinya nak buatkan kek batik masa raya. Terasa terharu permintaannya dipenuhi.

"Mama mana? " Bisiknya pada Aidan.

"Mama dekat bilik. Kejap lagi keluar. Baru nak tukar baju. Sebab mama yang masak semua lauk ni dari subuh tadi. " Aidan turut berbisik sama. Masa ke dapur tadi, Puan Arseline sempat bagitahu siapa yang masak lauk-lauk tu semua. Patut dia tengok lauk tu pun dah rasa sedap dah inikan pula bila makan nanti.

Yuzma mengangguk faham.

Seketika kemudian, keadaan jadi hening. Tadinya riuh kini diam. Satu suara pun tidak kedengaran. Pantas mereka berdua mendongak. Tan Sri Yusoff yang masa itu duduk didepan mereka sedang berdiri kaku dengan mata diam merenung ke satu tempat. Aidan dan Yuzma berpandangan buat seketika bila tahu pandangan Tan Sri Yusoff menuju ke arah mana.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now