BAB 44

1.8K 56 6
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










          "For the first time, merasa juga apa itu sesat. " Ujar Din sebelum mereka tergelak semula. Senak perut bila sejak tadi mereka asyik ketawa. Nasiblah wad itu hanya dihuni mereka. Gelak mereka pudar bila muncul kelibat dua orang wanita. Mata mereka diam memerhati dua orang wanita itu yang menghampiri katil Aidan dan Yazzid Qaeril. Fawwaz dan Nazrel lebih selesa mendiamkan diri.

"Abang dah makan? " Soal Yuzma mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Aidan yang pada ketika itu sedang menyandar hanya menggeleng kecil.

"Tak sedap. " Adunya tentang makanan hospital itu. Yuzma tergelak kecil.

"Kejap lagi dah boleh keluar dah. Nanti kita singgah mana-mana kedai makan. Boleh? " Aidan mengangguk kecil. Akhirnya dapat juga keluar. Yuzma yang melihat reaksi teruja Aidan cuma menggeleng kecil. Tak sampai sehari tapi reaksi Aidan semacam berbulan ditahan di hospital.

Tidak lama kemudian masuk seorang doktor diekori dua orang jururawat.

"Assalamualaikum semua. Macam mana, okey ke? Ada rasa sakit dekat badan? " Soal doktor itu. Mereka menggeleng.

"Encik Aidan? Ada rasa sesak lagi? " Aidan menggeleng kecil. Tengah malam semalam tika keadaannya diperiksa, dia sudah tidak perlukan bantuan pernafasan.

"Baiklah. Selepas nurse berdua tu selesai mencabut jarum dekat tangan tu, kamu semua boleh mendaftar keluar. " Mereka terus bersorak kecil buatkan doktor itu tergelak.

"Gembira betul. " Ujarnya.

"Mestilah dok. Tak sabar nak makan. Lapar. " Balas Din.

"Bukan dah sarapan ke? " Soal doktor itu pelik. Din tersengih.

"Tak kenyang. " Jawabnya seraya tergelak kecil. Nak buat macam mana. Makanan hospital masa sarapan tadi sungguh tak mengenyangkan. Dua keping sandwic tuna dan dua potong kuih entah apa nama beserta sebiji pisang. Mana kenyang untuk mereka yang sudah seharian di dalam hutan. Semalam pun masa dimasukkan ke wad cuma bubur tak ada garam yang diberikan pihak hospital. Tu pun banyaknya macam budak tadika yang makan. Nak kenyang apa macam tu.

"Yelah. " Menggeleng doktor itu sebelum meminta diri setelah tugasnya disitu selesai. Masih banyak wad yang belum dia periksa lagi jadi ada baiknya dia meminta diri.

"Jomlah makan sekali. " Yuzma bersuara bila mereka sudah berada didepan hospital.

"Tak apa. " Tolak Hazirul perlahan. Segan.

"Tak payah nak menolak. Nanti boleh pergi hotel sama-sama. " Yuzma bertegas sebelum berlalu menuju kereta Alphard milik Tan Sri Dzulkifly yang dirembatnya petang kelmarin.

Akhirnya mereka akur bila wanita itu memberhentikan kereta didepan mereka.

"Muatkan? Kalau tak muat duduk dekat but belakang. " Usik Fawwaz yang sudah mengambil tempat.

"Kaulah yang patut duduk dekat but. " Balas Iqbal. Fawwaz mencebik.

"Memang taklah. " Balasnya semula. Dan kereta itu riuh hingga mereka selamat sampai ke destinasi. Sebuah restoran ditepi sungai. Restoran berkonsepkan makanan laut.

"Awak okey? " Soal doktor Khadeera pada lelaki yang sedang melangkah seiring dengannya.

"Letih. " Balas Yazzid Qaeril ringkas.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now