✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧
•
•
•
•
"Mama... "
Puan Sri Lailatul menoleh pada anak sulungnya.
"Kenapa? " Soalnya. Pelik dia melihat anak sulungnya itu terkebil-kebil.
"Along nak kahwin. "
Direct tanpa corner kiri dan kanan.
Mereka semua tersentak. Memandang satu sama lain sebelum ucapan syukur terlahir dari bibir. Tumpang gembira akan berita itu.
"Mana bakal menantu mama? " Soal Puan Sri Lailatul teruja.
Yazzid Qaeril berdehem sebelum tangan dengan sopan menunjuk keberadaan bakal isterinya. Melorot mata mereka semua memandang ke satu arah.
"Masha Allah! " Puan Sri Lailatul menepuk dahinya perlahan. Tak sangka wanita yang dikatakan anak bongsunya sebagai rakan sekerja rupanya bakal menantunya.
"Bila nak langsungnya? " Soalnya tidak sabar mahu menerima menantu perempuan. Menantu lelaki dah ada. Jadi apa salahnya dia teruja mahu menyambut bakal menantu perempuan pula.
"Along nak jumpa dulu keluarga dia. " Pendek saja lelaki itu bersuara menjawab soalan dari ibunya. Senyuman nipis muncul melihat keterujaan ibunya.
"Elok juga tu. Kenal-kenal dulu dengan keluarga dia. " Tan Sri Yusoff menyampuk. Yazzid Qaeril mengangguk kecil. Sempat matanya melirik doktor Khadeera yang sedang tersenyum melayan cerita dari yang lain. Entah apalah cerita yang didengar wanita itu. Tersenyum siap tergelak lagi. Bersyukur juga dia bila wanita itu pandai membawa diri.
"Ceh along bukan main. " Yuzma berbunyi ditepi Aidan.
"Apanya? " Soal Aidan. Dikerling Yuzma.
"Along tu bukan main tengok anak dara orang. " Jelas Yuzma.
Aidan tersengih. Dikerling abang iparnya sekilas sebelum menoleh pada Yuzma semula. Tersenyum-senyum dia memandang Yuzma.
"Biarlah. Orang baru nak rasa apa tu jatuh cinta. Sayang ni kacau daun betul. " Yuzma mencebik. Eleh padahal dia pun sibuk tanya along tu serius ke tak. Monolog hati Yuzma.
"Dah makanlah. Bila nak habisnya kalau sayang sibuk hal orang. " Tegur Aidan lagi.
"Baiklah. " Gumam isterinya itu sebelum menunduk dan hanya fokus pada makanannya.
Usai makan dan mengemas, Aidan duduk menyertai Yazzid Qaeril dan sahabat lelaki itu duduk bersembang di laman rumah. Yuzma pula ke dapur membantu mengemas apa yang patut manakala Tan Sri Yusoff duduk bersembang di ruang tamu dengan saudara-saudaranya.
"Dengar cerita hari tu ada budak kelab kemalangan langgar kereta, betul ke? " Soal Yazzid Qaeril. Harith dan Zafrel mengangguk.
"Degil bodoh budak tu. Masih newbie. Baru dua kali join dah berlagak macam jalan raya tu bapa dia punya. " Harith bersuara.
YOU ARE READING
Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
Romance"Doktor cantik.... " Yuzma dan rakan sekerjanya yang sedang menolak stretcher itu terkedu bila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut mangsa kemalangan tersebut. "Encik... bawa bertenang ya. Kami akan berikan rawatan segera pada encik...