BAB 47

1.9K 72 10
                                    


       



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









         Setelah motor di parkir pada tempatnya, Aidan membimbit topi keledarnya menuju restoran yang berada tidak jauh dari parkir. Disana sudah menanti Fawwaz dan Ahmad Nazrel kerana mereka berdua telah terlebih dahulu keluar. Dia pula terpaksa menghabiskan kerjanya walaupun masa rehat sudah masuk.

"Dah pesan ke? " Soalnya ketika sudah selamat duduk.

"Dah. Pesan macam biasa. Kau okey tak? " Soal Fawwaz. Takut sahabatnya itu bertukar selera pula nakkan makanan lain.

"Okey. Aku memang dah lapar teruk ni. Masa nak ke sini tadi tangan habis bergetar. " Dia tersengih. Tangan yang masih bergetar dia angkat.

Fawwaz dan Ahmad Nazrel menggeleng kecil. Bahaya betul Aidan ni menunggang motor dalam keadaan kelaparan.

"Kau tak alas perut ke? "

"Tak sempat. Habis kerja tadi, aku campak batang mop dengan baldi kat stor lepas tu berlari keluar. Tak ada masa aku nak ke pantri. " Jelasnya. Tidak lama kemudian, seorang pelayan muncul menatang dulang berisi lauk yang di pesan mereka.

"Jom makan. " Pelawa Fawwaz setelah pelayan itu selesai menghidang dan berlalu pergi.

Tika Aidan sedang makan, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Lantas dijawab.

"Waalaikumsalam. Ya, kenapa? " Soalnya. Minuman miliknya disedut perlahan.

Mendengar berita yang disampaikan si pemanggil, dia terkejut dan tersedak. Tanpa membuang masa, dompetnya dan topi keledarnya dicapai.

"Aku nak ke hospital. Bini aku masuk wad. " Ujarnya dan terus berlalu. Fawwaz dan Ahmad Nazrel berpandangan buat seketika. Tak sempat nak tahu penyebabnya, Aidan dah hilang dari pandangan.

Sampai di hospital, Aidan terus bertanya kepada staf nurse yang berjaga di kaunter. Setelah wad Yuzma dia ketahui, dia terus bergerak ke tingkat atas.

Pintu bilik diketuk setelah yakin nombor dan nama yang tertera di pintu wad itu adalah milik Yuzma.

"Sayang.. " Gumamnya seraya menghampiri Yuzma yang terbaring diatas katil. Isterinya itu kelihatan sedang tidur.

Lantas dia melabuhkan punggung pada kerusi yang ada ditepi katil. Lama dia perhati Yuzma hinggalah wanita kesayangannya itu tersedar.

"Abang... " Seru Yuzma.

Aidan tersenyum kecil. Tangan Yuzma dicapai sebelum dicium lembut.

"Macam mana boleh pengsan ni? " Soalnya lembut.

Yuzma menggeleng kecil seraya baring mengiring menghadap Aidan. Tangan mereka masih menggenggam satu sama lain.

"Tadi Yuz ada kat bilik bedah tengah bantu Doktor Izan buat pembedahan dekat pesakit dia. " Kongsi Yuzma. Aidan pula diam fokus mendengar cerita doktor cantiknya itu.

"Lepas tu ada berlaku pendarahan dekat pesakit tu tapi still dalam keadaan terkawal. Masalahnya bila Yuz nampak darah tu, kepala Yuz terus rasa mengembang. Sebelum ni tak pernah pun macam tu. " Jelas Yuzma. Aidan diam merenung Yuzma. Tangan kosong naik menyapu lembut pipi Yuzma.

"Sayang penat sangat kot. " Ujarnya. Yuzma menggeleng.

"Ini semua salah abang. " Aidan terkejut.

"Apahal abang pula yang kena? " Soalnya tidak puas hati.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now