BAB 3

4.6K 116 8
                                    





 
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧










Doktor Farhan mendongak. Aidan yang baru keluar dari dapur dia panggil. Lelaki itu akur lantas mengambil tempat di sofa bujang.

     Dompet milik Aidan dia capai yang terletak di kabinet tv lalu di hulur pada Aidan. Lelaki itu nampak bingung sebelum dengan perlahan menyambut dompet tersebut.

     Tangan bergerak membuka dompet yang sudah bertukar warna itu. Lusuh, usang. Seketika kemudian dia berkerut.

     "Mu-muhd Aidan Al-Qad bin Ismail Hassan? " Gumamnya pelik. Dan tak semena-mena, jeritan yang berbagai suara memanggil namanya buatkan dia rasa mahu pitam. Kepalanya sakit bagai nak pecah. Pantas dompet itu di lempar sebelum tangan naik menekup telinganya.

     "Aidan? " Seru doktor Farhan.

     "Sakit... " Aidan mendongak seraya merintih. Matanya merah. Tangan terketar-ketar menahan sakit kepala. Doktor Farhan bergegas mencapai beg kerjanya.

     Aidan di baringkan ke sofa berangkai sebelum tangan bergerak menyuntik ubat pada Aidan. Tidak lama kemudian, lelaki itu terlelap. Doktor Farhan menghembus nafas lega. Dompet milik Aidan di kerling. Dompet yang di beri oleh seorang jururawat pagi tadi. Suami jururawat itu menemui dompet tersebut di tepi jalan ketika lelaki itu sedang membuat kerja-kerja menyelenggara longkang bersama rakannya.
   
      
    
    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧








     Doktor Farhan yang sedang menonton tv di ruang tamu menoleh bila mendengar bunyi pintu di tutup. Keningnya berkerut melihat penampilan Aidan yang segak bergaya. Sekali dengan pakej bau wangi lagi. Dah sihat ke?

    "Kau tak kerja ke? " Soalnya kembali menoleh ke depan.

     "Tak. Aku nak keluar kejap. " Balas Aidan yang agak kekok beraku-kau dengan tuan rumah itu. Atas permintaan doktor Farhan, dia terpaksa ikutkan saja.

     "Kepala? Pening lagi tak? "

     "Tak. " Balas Aidan sepatah.

     "Hmm... hati-hati masa nak keluar simpang tu. Kau jangan nak main keluar aje. " Pesan doktor Farhan. Dia tidak ingin benda tiga tahun lepas itu berulang kembali. Apalagi sekarang Aidan ni lebih selesa menggunakan motorsikal berbanding kereta.

     Sudah berbuih mulutnya mahu menasihatkan Aidan agar membeli sebuah kereta namun Aidan tetap Aidan. Dia tetap dengan pendiriannya mahu memiliki sebuah motor.

     Alasannya dia belum ada kerja jadi untuk memberi kereta itu tersangatlah mustahil. Motor yang Aidan gunakan sekarang ni pun milik Doktor Farhan.

     "Ya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum. "

     "Waalaikumsalam. "
  
  
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧









  
     Senyuman di ukir bila mata-mata yang memandangnya turut melakar senyum. Bau yang tidak menyenangkan cuba di tepis jauh. Tujuannya hanya satu, mahu mencari si pencuri hatinya itu.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now