51

4.3K 320 124
                                    

MEDINA baring keletihan kerana mereka semua baru sahaja mendarat di Malaysia. Tiba saja di rumahnya, dia terus menuju ke arah katil. Terlalu penat.

Daniel yang sedang mengangkat beg masuk ke dalam bilik hanya tersenyum melihat isterinya yang sudah pejamkan mata. Dia meletakkan beg di tepi almari kemudian mendekati katil dan duduk di birai katil.

"Baby..."

"Hmmm."

"Take shower before you go to sleep. Badan dah berpeluh tu. Pergi mandi dulu, okey?" Bibir Daniel menguntumkan senyuman nipis apabila Medina bangun dan membaringkan kepala di atas ribanya.

"Hey... pergi mandilah," ujar Daniel sambil mencubit pipi gebu isterinya.

Medina menggeleng. "Malas. Kalau sayang nak mandikan Dee, dengan senang hati Dee menyerah diri." Satu sengihan terbentuk indah pada bibir Medina. Daniel ketawa. Amboi... tu bukan malas nak mandi tapi mengada!

"Betul ni? Jangan menyesal tau."

"Elehhh nak menyesal apa? Sayang memang akan ambil kesempatan pun nanti kan? Macam tak kenal je." Medina membuka kelopak mata lalu menjeling manja ke arah Daniel sambil lidahnya menjilat bibir. Sengaja menggoyahkan iman lelaki itu.

"Stop seducing me, baby."

"Kalau tak nak?"

"You will regret it."

Kemudian, Medina semakin kuat mengusik dan menggoda Daniel. Sengaja dia menguji ketahanan suaminya namun beberapa saat kemudian tubuhnya sudah digendong masuk ke dalam bilik air.

"You can't turn back. I will make sure baby tak boleh berjalan lepas ni."

Medina hanya ketawa lalu menjerit apabila wajahnya menjadi tempat Daniel menggomol.

***


Beberapa bulan kemudian...

"Ah, malasnyaaaaa!" keluh Medina di hadapan sebuah bangunan yang gah. Kelihatan ramai pelajar universiti berjalan masuk ke arah lobi.

"Baru first day kat sini dah malas?" sampuk Daniel sambil menggalas begnya. Medina hanya menjelir lidah ke arah suaminya. Selepas mereka semua mendapat keputusan SPM sebulan yang lepas, terus Tengku Rasydan menghantar mereka berdua ke Moonlight University. Sebuah universiti yang hanya golongan etlit sahaja dan yang terkenal di dunia.

"Medinaaaaaa!" Jeritan Tasha membuatkan Medina menoleh mencari figura itu. Kelihatan bukan Tasha seorang sahaja malah kawan-kawan mereka semua turut ada.

Ini semua idea gila Tasha, paksa kawan-kawan mereka untuk menuntut ilmu bersama-sama di Moonlight University dengan dia dan Daniel. "Ah, aku tak sabarrrrr!"

Alisya menyampuk, "Apa yang tak sabar? Sama je macam kau sekolah dulu. Huh."

Tasha mengerling Alisya, "Tapu upgrade sikit. Tak perlu pakai uniform, lepas tu tak ada pengawas yang selalu nak membebel kat aku. Macam kauuuu!"

Alisya jeling Tasha tajam. "Walaupun aku ni bekas pengawas, aku tetap akan menghantui hidup kau dengan bebelan aku. Biar kau tahu siapa Tengku Alisya Raina yang sebenar!" Mereka berdua saling merenung satu sama lain. Tajam. Menggerunkan. Bagai ada saliran elektrik menyambar.

"Errr... Dee, aku rasa better kita masuk dulu. Tunggu diorang berdua ni habis gaduh, mahu sampai ke malam. Jom!" Mia memeluk lengan Medina lalu menarik Medina melangkah bersama-sama. Alpha turut tidak ketinggalan meninggalkan Tasha dan Alisya yang masih melawan renungan masing-masing. Biasalah... perempuan.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now