39

7.8K 468 56
                                    

"CIKGU, tengoklah apa Medina dah buat! Huarghhhh!" Azrina mula meraung. Dia harus menang. Tak mungkin Medina boleh kalahkan dirinya kali ini. Pasti semua akan percaya dengan dirinya.

"Medina, apa yang tak kena dengan kamu ni?" Puan Syahirah masih menyoal. Pelik benar dengan sikap Medina sekarang ini. Medina yang dia kenal tidak sedingin ini di hadapannya.

"Kau nak semua orang simpati terhadap kau? But i'm so sorry, Azrina... aku takkan mudah kalah. Everyone tuduh aku mandi sungai malam-malam dengan Firman kan? Bahaya sebab aku ni perempuan? Sebelum nak buat sebarang kesimpulan, siasat dulu. Aku tak mandi sungai tadi malah aku hanya seorang diri. Tapi ada binatang tolak aku dari tebing sungai. Nasib baik kepala aku tak terhantuk pada batu sungai. Cuma kaki saya yang terlanggar batu dan terseliuh. Dan, Firman yang datang cuba bantu saya. Get it?"

"Saya hanya tolong Medina sahaja. Tiada langsung istilah saya mandi bersama Medina." Sokong Firman.

"Jadi, siapa yang tolak kamu?"

"Tu, depan ni je ha. Saya takkan ganggu orang kalau orang tu tak ganggu saya." Medina merenung tajam ke arah Azrina. Puan Syahirah menoleh memandang Azrina yang sudah pucat. Gentar dengan kebenaran yang sudah mula terbongkar.

"Betul ke Azrina?" celah Encik Hazwan.

Azrina hanya mendiamkan diri.

"Saya tanya sekali lagi, betul ke segala apa yang Medina katakan sebentar tadi?!" Suara Encik Hazwan memetir.

Azrina menggigil ketakutan tanpa memberi sebarang respons.

"Kau dah kena sampuk apa sampai bisu? Nak aku sembuhkan ke?" soal Medina sinis membuatkan Azrina menjeling ke arahnya.

"Medina yang salah cikgu!" Azrina cuba pertahankan diri.

"Ha ya memang aku salah. Ni kesalahan aku yang sebenar." Usai berkata Medina menghayun satu penumbuk ke arah muka Azrina.

Buk!

Azrina jatuh ke belakang beberapa langkah.

"Sakit? Itu apa yang aku rasa tadi. Aku basah dengan air sungai, kau basah dengan sos dan makanan. Kaki aku sakit, muka kau pun sakit. Fair and square." Medina menjeling Azrina dengan tajam.

Medina melangkah pergi, apabila lalu di hadapan Alpha atau lebih tepat sekali Daniel, Medina langsung tidak senyum malah pandangan beku sahaja diberikan. Kakinya terhincut-hincut apabila berjalan ke arah meja makan. Lepas bagi penumbuk, perutnya berkeroncong meminta makanan.

Tidak peduli dengan pandangan orang lain, Medina hanya menjamu makanannya dengan senyap. Kenapa dia perlu peduli dengan pandangan orang lain yang langsung tidak penting dalam hidupnya?

Beberapa minit kemudian, Tasha berlari ke arah Medina dan rakan-rakannya yang lain dengan keadaan tercungap-cungap.

"Kau ni dah kenapa, Tasha?" soal Mia dengan mulut penuh. Nomnomnomnom.

"Weh! Good news! Encik Hazwan denda tiga ekor biawak tu dengan cuci semua pinggan mangkuk lepas habis makan makan and the best is esok lepas Subuh diorang kena berendam dalam sungai sampai lah kita gerak nak balik. Daebak kan?" Tasha menepuk tangannya berkali-kali. Bangga jap eh bahagia!

Alisya yang sedang kunyah ayam bakar macam nak kunyah orang terus melompat kegirangan apabila mendengar berita baik dari Tasha. Hebat! Menakjubkan!

"Serius ah, Sha? Gila! Tak pernah aku tengok students dapat denda macam tu kat kem. Berendam dalam sungai pagi-pagi buta weh! Sejuk gila bapak!" Mia berkata dengan mimik muka tidak percaya.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now