"DEE!"
Satu tamparan maha hebat tepat pada bahu Medina yang termenung itu. Alisya sudah mencekak pinggang memandang Medina yang berada di dalam dunianya sendiri.
"Hah kenapa?" Terkejut Medina sambil menggosok bahunya yang terasa agak perit.
"Aku dari tadi panggil kau. Kau buat pekak je! Tu Alpha suruh kita praktis menyanyi." Alisya terus masuk ke dalam bilik latihan Alpha diikuti Medina dari belakang.
"Haa Dee, kau pergi mana?" soal Raihan.
"Err... dapur." Medina mengerling ke arah Daniel yang sedang memetik gitar.
"Dah jom sambung praktis. So, kita nak nyanyi lagu apa sekarang ni?" soal Harriz.
Semua mendiamkan diri sambil berfikir.
"Haa aku tahu! Let's kill this love! Rum pum pum pum!" Mia terus buat tarian k-pop kumpulan Blackpink lagu Kill This Love.
Harriz merapati Khairul.
"Awek kau ke tu? Lain macam..." bisik Harriz perlahan.
"Tak nak." Alisya menggeleng kepalanya. Tak mahu nyanyi lagu tu. Gila ke apa? Dengan bahasa korea yang buat lidah berbelit pula tu.
Medina melabuhkan punggungnya atas kerusi sambil bermain telefon. Biarlah kawan-kawannya yang memilih lagu.
"See you again?"
"Perfect."
"Closer." Semua mata terarah ke Medina yang masih bermain dengan telefon pintar.
"Okey juga. Quite nice." Khairul menganggukan kepalanya berkali-kali.
"Pandai kau pilih, Dee."
Medina hanya angguk lalu menyandarkan kepala pada dinding.
"Aku rasa kita kena bahagikan tugas dulu. Empat pasangan main intruments, and empat lagi jadi penyanyi utama." Daniel mula bersuara serius. Dia ialah ketua dan bila ada pertandingan muzik, dia akan jadi serius dalam latihan.
"Aku okey je. So, siapa yang akan main instruments and nyanyi?"
"Bro, aku macam biasa la. Gitar." Khairul menawarkan diri untuk jadi pemain gitar.
"Same goes to me. Drummer." Harriz mengangkat tangan.
Daniel hanya buat simbol okey dengan tangannya.
"Jadi aku dengan Raihan jadi penyanyi utama. So, girls... siapa yang pandai main intruments?" Daniel memandang keempat-empat gadis di hadapannya.
"I'm a pianist." Alisya senyum.
"Okay then."
"I'm guitarist. So, yeah..." Mia mewakilkan diri untuk jadi intruments player. Dia tak mahu jadi penyanyi utama.
"So, Tasha and Dee akan jadi penyanyi utama."
"Onz." Tasha menganggukkan kepalanya.
"Dee?" Medina menoleh ke arah Daniel lalu menganggukkan kepalanya sambil senyum.
"Okay, now kita akan nyanyi tiga lagu."
"Tiga?!"
Raihan hanya tersenyum sinis memandang Tasha. Apasal? Takut ke, sis? Perempuan ni la yang meluahkan rasa cinta. Ceh...
"Maksudnya, aku dengan ahli Alpha akan nyanyi satu lagu. Korang tak perlu. Dua lagi baru korang semua ada. Faham?"
"Okey faham."
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...