32

8.9K 442 9
                                    

[ Media : Medina ❤ Daniel ]

KAKINYA melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Habis saja pertandingan tadi, dia langsung tak boleh bergembira atas kemenangan pertandingan muzik 2019. Apa guna nak gembira kalau isteri dalam bilik sebelah tengah merajuk.

Keluhan dilepaskan. Medina sangkakan Alpha sengaja mahu datang makan lambat kerana mahu menggatal dengan kumpulan gadis dari sekolah lain. Menjijikkan bila teringat semula.

"Perempuan ni pelik-pelik. Tadi Azmir sentuh dia, aku okey je tak salah faham. Alih-alih dia pula salah faham bila si Elina tu sentuh aku. Haih..." Daniel menerobos masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sementara itu, Medina di dalam bilik tidurnya melepaskan geram dengan menumbuk bantal. Kejadian seorang perempuan dari salah seorang band yang menyertai Pertandingan Muzik 2019 tadi mula bermain di mindanya.

"Siapa perempuan tu?" gumam Medina.

Tok! Tok! Tok!

Kelam kabut Medina menyembunyikan diri dalam selimut tebal dan memejam matanya.

Bunyi pintu dikuak dari luar serta derapan kaki yang semakin dekat membuatkan jantung Medina berdegup laju.

'Jap, kenapa aku menyorok?' desis Medina dalam hati.

"Dee, dah tidur ke?" Suara Daniel mula bergema di corong telinga Medina.

Kemudian, bunyi pintu tertutup menandakan Daniel sudah keluar setelah beberapa minit menunggu respon Medina.

Medina tolak selimut ke bawah perlahan-lahan lalu toleh ke arah pintu bilik.

"Makkkkkkkk! Hantu!"

Wajah Daniel yang tersengih-sengih baring mengiring menghadapnya membuatkan jantungnya berhenti untuk sesaat.

"Handsome tak hantu ni?"

Medina menjeling Daniel tajam lalu bangun dari pembaringan.

"Apa kau buat dalam ni?" soal Medina kasar.

"Emm D rindu B. Salah ke D masuk dalam ni?" Suara manja Daniel yang lunak membuatkan Medina kegelian. Dah kenapa Daniel ni? Bad boy ke gay boy? Hahaha.

Medina tayang muka dingin. Dia masih marah kejadian tadi. Daniel duduk lalu memusingkan tubuh Medina menghadapnya.

"Sorry."

"For what?"

"Pasal tadi. I think you need my explanation." Wajah Daniel mula beriak serius. Medina hanya diam membenarkan Daniel memberi penjelasan.

"Actually, apa yang B nampak tu tak macam apa yang B fikir. Elina yang..."

"So, nama dia Elina?"

"B please..."

"Alright, continue your drama."

Daniel menggenggam kedua tangan Medina erat.

"Elina yang start touching my body. I'm swear yang D dah tolak dia then masa tu juga B nampak. Please percayakan B... Kalau tak, B boleh tanya Alpha yang lain juga. Elina and the gang memang macam tu. Can you understand me? Forgive me, B." Daniel menayang muka sedih dengan mata hazelnya yang bulat. Medina berdehem perlahan lalu tarik tangannya dari genggaman Daniel.

"B boleh maafkan D dengan satu syarat."

"What is it?"

Medina tersenyum sinis lalu menekup wajah Daniel dengan kedua tangannya ke kedua belah pipi Daniel. Mulut Daniel memuncung panjang. Medina mendekatkan wajahnya dengan Daniel, dan Daniel sudah bersedia menerima ciuman.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now