[ Pasang lagu media di atas sekarang ]
MEDINA berjalan menuju ke tingkat 3 memandangkan kelas Tingkatan 5 berada di tingkat atas sekali.
Hari ini tiada perhimpunan maka semua pelajar boleh masuk terus ke kelas seperti biasa.
Dah seminggu Medina sekolah di sini, alhamdulillah dia okey cuma ada malaun-malaun tak guna sahaja yang suka menganggu dia siapa lagi kalau bukan Alpha tu? Makin benci Medina terhadap Alpha.
Langkahnya semakin hampir dengan kelas 5 Diamond, tiba-tiba dia terdengar sesuatu dari dalam 5 Diamond. Jeritan kegilaan para gadis dan Medina lihat ada pelajar kelas lain berlegar-legar di luar kelas 5 Diamond.
Apahalnya ni?
Medina semakin dekat, dan dia terdengar sekumpulan lelaki menyanyi sambil memetik gitar.
Medina terkedu.
Merdunya.
Lagu Perfect by Ed Sheeran yang dinyanyikan. Medina semakin ingin tahu siapa yang menyanyi di dalam kelasnya.
Dengan pantas, Medina masuk ke kelas, serentak itu juga semua memandangnya. Apa yang terhidang di depan mata Medina sekarang ialah Alpha sedang menyanyi lagu Perfect dan yang paling terkejut macam mak beruk beranak kat gua ialah Daniel penyanyi utama.
Alpha teruskan nyanyian mereka sambil memandang Medina yang terkejut. Medina memandang Daniel dan mata mereka bersabung.
Daniel memandang Medina yang memerhati Alpha.
"Baby, I'm dancing in the dark, with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight..."Daniel tamatkan nyanyiannya dengan senyuman maut membuatkan pelajar-pelajar perempuan menjerit kegilaan.
Tiba-tiba Daniel mendekati Medina yang masih kaku berdiri.
"Terkejut?"
Medina menjeling lalu melangkah pergi. Semua memandangnya termasuk Alpha.
Daniel mengejar Medina yang sudah duduk di tempatnya.
"Will you be Alpha's manager?" bisik Daniel lembut. Medina terkedu.
Medina memandang sekeliling, semua melihatnya dengan wajah tertanya-tanya apa yang Daniel bisikkan? Selain itu, ada juga yang menjeling Medina tajam. Jealous la tu.
Ahli Alpha yang lain turut mendekati Medina. Ahli-ahli Alpha mengelilingi meja Medina. Medina kelu.
"But... why me?" soal Medina.
"Because you are the chosen one," jawab Daniel. Medina terkedu sekali lagi.
"So?" tanya Raihan pula.
"Aku... erm... aku..."
Alpha menanti jawapan Medina dengan penuh sabar. Medina takut apabila jadi manager nanti, habis teruk dibuli! Mana boleh percaya sangat dengan Alpha ni.
"Kenapa tak pilih orang lain?" soal Medina. Alpha mengeluh kecuali Daniel.
"Kitaorang nak kau," jawab Khairul.
"Erm... aku... aku... aku tak bolehlah," jawab Medina perlahan. Medina menundukkan wajahnya.
"Okey," kata Daniel.
Semua memandang Daniel termasuk Medina. Peminat-peminat Alpha mengintai dan cuba mencuri dengar perbualan kami tetapi dihalang oleh Harriz.
"Daniel..." panggil Medina perlahan.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...