9

11.3K 603 9
                                    

PEPERANGAN mata berlaku di dalam bilik Alpha Band di antara Daniel dengan Medina.

Tajam Medina merenung mata Daniel manakala Daniel memberi pandangan maut.

Ahli Alpha sudah seram tengok peperangan itu walaupun ianya peperangan mata sahaja.

"Errr... kau orang..." panggil Harriz takut.

Serentak Daniel dan Medina merenung Harriz tajam.

"Err... okey aku tak kacau!"

"Ini salah kau!" ujar Medina.

"Salah kau pastu nak tuduh aku pula!"

"Yalah, kalau kau tak kacau aku masa aku masak tadi, tak adanya nasi goreng aku masin!" Marah Medina.

"Kau yang tak reti masak pastu nak salahkan aku pula?!" lawan Daniel.

"Kau kata aku tak reti masak?! Kau jangan makan masakan aku lepas ni! Kau gigit jer selipar jepun kau tu!" bahas Medina.

"Bahan masak tu aku yang beli tau!"

"Aku yang masak!"

"Aku ada hak untuk makan!"

"Kau tak ada hak! Kalau nak makan, masak sendiri!"

"Kau tu manager aku! Manager Alpha!"

"Jadi biarlah manager ni aturkan segalanya. Kau duduk diam-diam!"

"Eh kau ni, aku sepak kang!"

"What?! Aku manager kau kan? So, biarlah aku handle. Kau tu menyemak jelah!"

"Minah senget!"

"Badboy tak guna!"

"Apa kau cakap?!"

"KAU BAD BOY TAK GUNA! TAK GUNA! KAU FAHAM TAK?!" jerit Medina kuat.

"Kau nak tengok bad boy ni tak guna mengamuk?"

"Ha mengamuklah! Macam gozila telan lembu jer!"

Raihan, Harriz dan Khairul sudah naik pening melihat pergaduhan antara Daniel dengan Medina. Tak boleh jadi ni, nanti hancur bangunan sekolah ini dikerjakan oleh dua orang ini.

"Kau kata aku gozila telan lembu? Habistu kau apa? Macam singa melalak jer!"

Medina sudah mencekak pinggang. Rambutnya yang terjuntai ditiup ke atas. Panas!

"Aku benci kau!"

"Kisah pula aku?"

"Eh dah dah, jangan gaduh. Kau orang jerit-jerit ni kalau cikgu dengar ke apa, ha siapa yang susah? Dah jangan gaduh. Tak baik," ujar Raihan.

"Sejak bila kau jadi baik? Selama ni kau jahat jer," kata Harriz pula.

"Diamlah kau!" Raihan meluku kepala Harriz.

"Dahlah aku nak balik, boleh gila aku layan malaun macam kau ni!" ujar Medina sambil menjeling tajam ke arah Daniel.

"Ha baliklah, aku pun muak tengok muka kau!"

Medina merengus kasar lalu menghempas pintu bilik Alpha Band.

Daniel duduk di sofa.

"Bro, dahlah... seram aku tengok kau orang tadi. Apa yang kau tak puas hati dengan Medina? Dia just tumpahkan air milo jer weh," kata Khairul. Hampir seminggu Daniel dengan Medina berperang.

"Entah, asal tengok muka dia tu, aku rasa geram gila! Dia dah lah tolak aku sampai jatuh!" omel Daniel.

"Dahlah, kau jangan layan Medina. Nanti lagi haru tahu tak? Kita dah nak SPM ni. Janganlah cari gaduh dengan dia lagi. Kut ye pun kau nak buli dia ke apa, jangan kat sekolah, bro. Stress aku!" tutur Harriz.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now