MEDINA dan Daniel melangkah masuk ke rumah agam Tengku Rasydan dengan senyuman melebar. "Assalamualaikum, mommy! Daddy!"Tengku Mariana menerpa ke arah anak perempuannya yang sudah lama tidak bersua muka. "Ya Allah, balik pun anak mommy ni. Ingat dah lupa kat mommy." Medina memeluk erat Tengku Mariana melepaskan rindunya yang bergunung.
"Mana boleh lupa kat family Dee ni. Ala lagipun Dee kan busy dengan SPM sebelum ni. Mommy ni..."
"Hmm macam Dee tak kenal je perangai mommy ni. Hari-hari call pun tapi tu lah asyik merungut je bila anak dia nak datang sini," sampuk Tengku Rasydan yang baru keluar dari bilik bacaannya. Medina tersengih lalu memeluk Tengku Rasydan pula.
Tengku Rasydan balas pelukan anak bongsunya dengan erat lalu mengucup kepala Medina. Rindu. "Ala abang ni, dia pun sama. Sebelum tidur pun asyik cakap rindu Dee." Tengku Mariana menjeling suaminya. Geram pula.
"Hahahahahahaha."
"Daniel, kamu apa khabar? Dee ada menyusahkan kamu tak?" tanya Tengku Rasydan sebaik sahaja dia melihat menantunya hanya senyap sejak tadi. Daniel yang tiba-tiba sahaja ditegur tergagap dibuatnya.
"Err... tak daddy."
Mereka berempat sudah duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Medina melihat sekeliling seperti ada sesuatu yang kurang tapi apa? Sesuatu...
"Baby!" "Dee!"
Medina terkejut apabila disergah. Oh, inilah kurangnya. Abang kembarnya yang baru perasan kepulangan dirinya terus menerpa ke arah Medina. Daniel disisi adik kesayangan mereka terus ditolak ke tepi.
"Kenapa lama sangat kau tak balik sini?" marah Raydan.
"Ala kau ni. Sekarang dia dah balik kan. Baby Deeeee! Abang Ayyan rindu." Tubuh Medina dipeluk erat oleh Rayyan. Geram. Raydan yang tak mahu melepaskan momen itu turut memeluk adik beradiknya dengan erat. Dan... Medina lemas akibat tersepit.
Daniel yang melihat keakraban tiga adik beradik itu hanya tersenyum lalu menggeleng kepalanya perlahan. Comel. Kacak dan bergaya namun bila melibatkan Medina terus comel. Hahahaha.
"Mommy! Daddy! Daniel! Help me!" jerit Medina akibat rimas dengan Rayyan dan Raydan yang tidak mahu melepaskan dirinya. Huwaaaaaa.
Tengku Marian terus memukul Raydan dengan bantal segi empat sama. "Aduh! Mommy..." Raydan menggosok punggungnya selepas dipukul dengan bantal.
"Lemas adik kamu tu nanti. Lepaskan dia. Dah besar tapi perangai kalah budak-budak sekolah." Tengku Mariana menggeleng kepalanya perlahan melihat telatah anak kembarnya itu. Perangai tak serupa bikin. Ish ish ish! Ni anak Tengku Rasydan!
Rayyan tersengih selepas mendengar teguran Tengku Mariana lalu meleraikan pelukannya dengan Medina. "Baby sihat?" Medina mengangguk laju dengan senyuman.
"Hah SPM kau macam mana? Boleh jawab tak? Ke kau duk termenung je depan kertas exam?" soal Raydan bertubi-tubi.
Medina menjeling Raydan di sebelah kirinya seraya menjawab, "Aku jawablah. Aku bukannya macam awek kau yang termenung tengok muka tak handsome kau tu. Huh!" Rayyan gelak mengekek apabila Medina mengenakan kembarnya.
Raydan yang dengar terus meluku kepala adik bongsunya, "Awek london memang macam tu. Kau apa tahu? Sekarang aku single tau. Ramai terkejar-kejarkan aku." Medina menggulingkan matanya ke atas, "Perempuan tulen ke kejar kau? Baik kau check manalah tahu bukan perempuan tulen ke?"
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...