31

10K 608 65
                                    

SUARA pengacara Pertandingan Muzik Idol 2019 mula bergema di segenap dewan besar itu. Para peserta sudah berkumpul di belakang pentas untuk bersiap sedia.

"Daniel..." Panggil Khairul perlahan sambil mempamit tangan untuk ke arahnya. Daniel melangkah malas ke arah sahabatnya itu.

"Apahal?"

"Tu bukan Street Boys ke?" Wajah Khairul mula beriak serius menikam sekumpulan lelaki yang sedang berbual di hujung sudut.

Daniel hanya menayang muka selamba lalu...

Medina yang baru balik dari tandas bersama Mia melintas kumpulan Street Boys yang disebut oleh Khairul itu.

"Hey, gorgeous!" Tegur salah seorang lelaki dari kumpulan Street Boys. Medina hanya menjeling tajam.

"Ouch! Jelingan tu buat jantung i lagi berdegup kencang!"

Medina dan Mia mahu sambung melangkah namun dihalang oleh empat orang lelaki termasuk lelaki yang menegur mereka.

"Azmir, kau buat girls ni takut je. Hey girls, you dari sekolah mana?" soal Rafaiq dengan wajah kacaknya. Azmir hanya tersengih mendengar pertuturan kawan baiknya itu.

Medina dan Mia hanya membeku dan mendiamkan diri.

"Oh sorry. Nama i Rafaiq and nama kawan i Azmir." Rafaiq menghulur tangan ke arah Medina.

"Kau ambil lagi satu tu, aku nak perempuan mata biru ni." Azmir mula menolak Rafaiq ke tepi.

"Eleh kedekut!" Rafaiq menayang senyum paling memggoda di hadapan Mia. Azmir pula cuba mengajak Medina berbual.

Medina cuba mengelak namun tangan Azmir mula merayap di bahu kanan Medina.

Pang!

Semua disitu terkesima.

"Sekali lagi tangan kotor kau tu sentuh aku, aku tak teragak-agak campak kau ke loji. Jom Mia!" Medina menarik pergelangan tangan Mia dan melangkah ke arah Alisya dan Tasha yang sedang menanti mereka. Semua di belakang pentas masih terkejut dengan adegan tampar tadi.

"Kau okey tak bro?" Rafaiq menyoal. Azmir mengesat bibirnya mula mengalir darah. Pedih.

"Sikit je ni."

***

MEDINA memeluk tubuh Daniel erat. Daniel membalas pelukan itu. Dia saksi segalanya dan saat dia dengan Khairul mahu ke arah Street Boys, Medina sudah menampar mereka terlebih dahulu.

"He was touching my shoulder," adu Medina dalam pelukan.

"Really? Nak D potong tangan dia tak?" Daniel meleraikan pelukan.

"No need la. I'm fine." Medina kembali memeluk Daniel. Dia selesa dalam keadaan begini. Daniel mengusap kepala isterinya perlahan dan lembut.

Manakala di sebelah sana, Khairul menayang muka beku di hadapan Mia. Mia hanya menunduk. Apa salahnya pun tidak tahu.

"Baeee..." Panggil Mia meleret sambil jari telunjuknya mencucuk bahu Khairul. Pantas tangan Khairul menepis jari runcing Mia.

"Bae, kenapa ni hmm?" Bibir Mia mula memuncung apabila jarinya tadi ditepis oleh kekasih hati.

Bertambah muncung Mia apabila Khairul langsung tidak mempedulikan dirinya dan terus melangkah ke arah Harriz dan Raihan. Terpaksalah Mia sertai Tasha dan Alisya berbual.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now