21

10.8K 528 24
                                    

KAKI mengorak langkah demi langkah. Persekitaran yang agak gelap. Bunyi jeritan manusia semakin kuat. Lagu latar belakang membuatkan tempat ini lagi menyeramkan. Satu makhluk melompat di belakang pintu.

Krekkk

Satu susuk tubuh berdiri hampir lalu mengilai kuat. Rambutnya yang sudah tidak sikat 10 tahun berterbangan. Kerasnya rambut. Gunalah sunsilk.

Setapak ke hadapan. Bunyi bayi nangis membuat bulu roma menegak. Genggaman tangan semakin dikuatkan. Rasa takut semakin menyelubungi diri.

"Daniel..."

"Apa?"

"Aku takut! Weh! Tolonglah!" Medina menggoncangkan lengan Daniel berkali-kali. Lalu, Medina melepaskan lengan Daniel kejap kerana ingin menggaru belakang tubuhnya.

Gelap.

'Sumpah! Aku menyesal mengajak Daniel masuk rumah hantu. Aku insaf!' bisik hati Medina.

"Daniel..."

Sepi.

"Hihihihi."

"Da... Daniel?"

Terketar-ketar tubuh Medina. Matanya sudah terpejam erat. Daniel tinggalkan aku?

"Daniel!"

Terasa geli di tangannya seperti rambut. MasyaAllah, apakah ini? Makhluk apa disebelah?

Medina terkumat kamit membaca surah. Entah surah apa yang dibaca. Medina cuba memberanikan diri dengan membuka mata perlahan-laham dan lihat di sebelah kanannya. Tarik nafas, hembus. Tarik...

"ARGHHHHH!" Medina terlihat satu wajah yang mengerikan lalu menjerit sambil berlari dan melanggar segala hantu palsu di hadapannya. Apabila ketakutan dan terkejut bergabung.

"Dee?"

"Daniel?"

Medina terus memeluk Daniel dari tepi. Erat. Daniel membalas pelukan dari Medina. Punyalah dia risau mencari Medina kerana tertinggal isterinya di belakang. Dari tadi dia berbual rupanya dia berkata seorang diri. Daniel mengeluh.

Daniel lihat jalan keluar hampir tiba tetapi Medina masih tidak mahu melepaskannya. Aduhai...

"Dee?"

"Hmm."

"Jomlah. Jalan keluar tak jauh saja lagi," kata Daniel sambil mengusap kepala Medina.

"Hihihihi."

"Arghh! Daniel! Lari!" Medina melepaskan pelukan lalu berlari sehingga keluar dari rumah hantu. Daniel terkejut lalu mendengus. Tak guna, dia tinggalkan aku.

***

BADAN dihempaskan ke atas katil. Medina baring terlentang. Penat. Daniel hanya menggeleng melihat Medina sudah terlentang atas katil lalu masuk ke bilik air.

Daniel membasuh mukanya apabila terasa berminyak. Pencuci muka diambil lalu menggosok perlahan.

Merenung dirinya di pantulan cermin. Daniel teringat ketika bermain permainan di fun fair. Medina kelihatan agak comel ketika memakai cekak telinga kucing. Kemudian, ketika main rollercoaster Medina kelihatan gembira. Senyuman dia...

Daniel menggeleng kepala apabila terasa dia terlalu teringatkan atau lebih kepada terangaukan Medina.

'Jangan angaukan dia,' desis hati Daniel.

Pintu tandas dibuka dari dalam. Daniel melihat, Medina sudah lena dengan baju tidak tukar. Kakinya melangkah ke arah balkoni.

Matanya tertumpu keindahan kota jalan raya disini. Keadaan yang tidak sibuk dan langit yang menceriakan hari. Kepalanya ligat berfikirkan sesuatu.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now