24

9.6K 526 26
                                    

KELAS 5 Diamond agak bising apabila guru matapelajaran Fizik tidak hadir. Medina kusyuk membaca novel inggerisnya yang baru dibeli. Manakala, Daniel dengan Alpha yang lain sudah jadi kutu rayap. Tahu kutu rayap? Merayap di sekitar sekolah. Lepas tu diorang akan buat haji, tawaf satu sekolah. Siapa tak kenal Alpha?

"Tengku Medina Iris." Suara seseorang yang kedengaran agak penuh dengan kebencian. Medina tidak sedar bahawa ada orang memanggilnya malah dia masih tekun membaca tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

"Eh kau blah la, Azrina!" marah Alisya.

"Kau diam. Ini hal aku dengan betina sundal ni!" Terus Azrina merampas novel milik Medina dan mencampak jauh dari situ.

"Hey!"

Buk!

Bukan penampar yang singgah di muka Azrina malah penumbuk yang sudah lama Medina tahan.

"Apa masalah kau, hah?!" jerit Medina. Orang tengah sedap membaca, dia boleh pula campak novel tu? Novel kesayangan Medina.

Puteri dan Irene terus menolong Azrina yang hampir rebah ke belakang.

"Kau pahal tumbuk kawan aku?" berang Puteri lalu cuba menyerang Medina tetapi dihalang oleh seseorang.

"Kau lawan aku," ujar Mia.

"Ya, aku ada masalah dengan kau yang perlu diselesaikan. Kau! Disebabkan kau aku dengan dua orang kawan aku dapat denda cuci semua tandas kat sekolah ni selama sebulan!"

Medina hanya merenung Azrina tanpa perasaan.

"Dan aku nak kau yang buat semua tu bukan aku," kata Azrina perlahan dengan nada sinis.

Semua pelajar tingkatan 5 Diamond hanya senyap memerhati situasi di hadapan mereka.

Medina tersenyum sinis. Lalu, dagu Azrina dicengkam kuat dan ditolak rapat ke dinding. Raungan Azrina tidak dipedulikan langsung.

"Argh!"

"Kau dengar sini baik-baik. Itu balasan kau sebab ganggu aku. Denda kau, jadi kau buatlah. Kau fikir aku ni apa? Kuli batak kau? Oh dude, you play with wrong person. Kau tak kenal aku siapa lagi. Huh!" kata Medina.

Azrina ketawa.

"Hahahaha, kau? Kau siapa? Bagi aku kau perempuan yang berlagak datang sini!"

"Aku tak tahulah kau cakap dengan aku ke cakap dengan cermin sebab kau terlalu bodoh. Jangan main kasar dengan aku. You don't know me so well." Medina memberi amaran keras.

Azrina masih menahan sakit. Pelajar lain tidak dapat menolong apabila Alisya tidak beri mereka tolong lagipun mereka memang tiada rasa mahu tolong The Diva yang sering tergedik-gedik di sekolah.

"Then, tell me... who are you, Medina?"

"I'm a ex bad girl in my school when i was at London. Yeah, ex bad girl. Jadi, jangan sampai aku berubah jadi bad girl sebab cara kau sekarang ni seperti meminta aku berubah," bisik Medina sinis. Pelajar lain yang dengar sudah tergamam. Azrina telan liur kesat lalu berpura-pura ketawa.

"Jangan cari gaduh dengan orang yang kau tak boleh lawan, bitch." Medina melepaskan Azrina lalu memusingkan badannya ke belakang untuk pergi ke mejanya. Tetapi...

"Arghhhhh!"

Azrina sempat menarik rambut Medina dengan kuat.

"Lepaskan dia!" Tasha menolak tubuh Azrina sehingga jatuh terbaring.

"Kau main kasar, girl." Medina menendang kaki Azrina lalu mengambil novelnya dan melangkah pergi sambil mengemaskan rambutnya sedikit. Puteri dan Irene memapah Azrina yang sudah lemah.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now