44

7.9K 512 56
                                    

"TENGKU IZZ DANIEL!"

Satu Dewan Makan terus sunyi sepi malah bunyi cengkerik pun tidak kedengaran. Semua terkejut dan kaku di tempat masing-masing. Pekerja di Dewan Makan turut berdiri kaku akibat jeritan itu. Mia, Tasha dan Alisya yang berdiri memandang Medina yang sedang menggengam buku limanya erat. Terasa aura bad girl berasap keluar dari diri Medina.

Alpha memandang keempat-empat gadis mereka yang bermasam muka terutama sekali Medina. Peminat-peminat Alpha mencari pemilik jeritan itu lalu terpandang Medina yang berubah seperti Maleficent. Botol air mineral yang berbaki suku digenggam oleh Medina dengan kuat sehingga pecah dan melimpah air mengalir.

Medina berjalan ke arah Alpha diikuti rakan-rakannya yang lain. Tiba sahaja di hadapan peminat Alpha, Medina tersenyum sinis lalu berkata, "Dasar bodoh." Satu jelingan tajam bak helang dihadiahkan untuk para peminat Alpha serta ahli Alpha terutama Daniel.

Gulp!

Air liur yang ditelan oleh Daniel terasa kelat. Junior yang sedang memegang lengannya terus ditepis kasar. Medina terus berlalu pergi keluar dari Dewan Makan.

"Sampah."

"Miang."

"Gila!"

Usai berkata sebegitu tiga sahabat Medina turut mengekori langkah Medina yang sudah jauh di hadapan. Wajah ahli Alpha langsung tidak dilihat. Benci, geram dan lain-lain!

"What's wrong with them?" omel salah seorang peminat Alpha.

"Biasalah dengki. Bitches."

Alpha yang dengar kata-kata dari peminat mereka terasa berbahang saja rasa. Tiada adab!

"Korang boleh berambus tak? Rimas aku dengan sekumpulan orang gila."

"Tu ah, gatal. Tak ada rasa malu ke dalam diri tu? Tak ada maruah eh?" Sokong Raihan. Daniel hanya tersenyum sinis. Terus kumpulan peminat Alpha terkedu.

"Apa berkumpul ni? Kalau nak makan, cepat. Masa rehat tinggal sepuluh minit aje. Bersurai!" Firman selaku Ketua Pengawas membubarkan kumpulan peminat Alpha. Tanpa berkata apa-apa Alpha terus melangkah pergi dengan perasaan sebal dan risau.

Satu sahaja niat di hati setiap ahli Alpha iaitu misi memujuk gadis kesayangan mereka! Jika tidak, bumi akan terbalik akan amukan mereka! Lagi-lagi ketua sekumpulan gadis itu tidak lain tidak bukan Tengku Medina Iris.

"Mampuslah aku!" Khairul memicit pelipisnya. Tidak pernah rasa begini dengan Mia. Dia sudahlah tidak reti bab memujuk. Hatinya beku sangat.

"Bukan kau je. Kitaorang pun," ujar Harriz seraya menyerabutkan rambutnya. Satu keluhan dilepaskan dengan kasar. Raihan hanya senyap malah sedang berfikir cara untuk memujuk crush dia iaitu Tasha.

"Tapi aku rasa... Daniel lagi teruk." Harriz menjeling Daniel di sebelahnya.

"Itu memanglah. Medina kan? Tak dengar dia menjerit tadi? Aku harap kau kuat, bro." Raihan menepuk bahu Daniel perlahan memberi semangat. Semoga tabah menjalani ujian gadis.

***

KES di Dewan Makan dua minggu lepas masih berlarutan sehingga hari ini iaitu hari terakhir menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia. Ahli Alpha sudah bingung kerana semua jalan mereka untuk pujuk gadis-gadis menemukan jalan buntu. Dua minggu mereka tidak bertegur sapa malah mereka terlalu sibuk fokus terhadap peperiksaan.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now