SPLASSHHH!
"Arghhh!"
Tasha menekup mulutnya. Mia tercengang melihat drama di hadapannya. Erin sudah basah dengan teh o ais. Lencun.
"Isya..." Erin memandang Alisya yang berdiri di hadapannya. Gelas di tangan Alisya, Alisya letak ke atas meja. Hentak.
Pang!
Terteleng ke kiri kepala Erin setelah dapat tamparan daripada Alisya. "Isya." Tasha memanggil. Lidahnya kelu tak mampu nak kata apa-apa.
Medina yang kaku duduk di tempatnya hanya senyap membeku. Hatinya semakin sakit.
"Kau memang tak tahu malu eh? Dah tak ada maruah ke? Kemain bertutup litup dari hujung rambut sampai tumit kaki, tapi? Perempuan tak tahu malu!" Bahu Erin ditolak kasar.
"Apa awak cakap ni, Isya? Saya tak faham. Kenapa awak buat saya macam ni?" Pelupuk mata Erin mula basah.
Alisya semakin berang.
"Dee ni kawan aku. Aku paling benci orang yang sakitkan kawan aku."
"Saya buat apa?" Erin masih tidak mengerti.
Alisya memeluk tubuh. "Are you sure you don't know anything? You don't understand what i'm saying just now? Kau tak tahu ke permainan apa yang kau tengah main sekarang ni?" Kali ini, kepala Erin pula ditunjal.
Mia mendekati Alisya. Lengan Alisya ditarik, risau benda lain yang jadi terhadap Erin kelak.
"Sumpah! Saya tak faham apa pun. Apa saya dah buat kat Dee? Awak gila ke Isya?"
Alisya menolak Mia. Kemudian, dia mendekatkan tubuhnya dengan Erin. Rapat. "Kau... suka Daniel kan?" Alisya menjeling wajah Erin yang berubah pucat.
"Jawablah!" Terhinjut bahu Erin dengan jerkahan Alisya.
Bibir itu mengetap. Senyap.
Alisya mengoyak senyum sinis. "Diam tandanya betul la kan? Kau tak tahu ke Daniel tu milik siapa?"
Erin masih setia menundukkan kepalanya. Dia tidak berani bertentang mata dengan sesiapa di kala ini.
"Dasar perempuan murah!"
"Awak jangan melampau, Isya! Saya ada hak untuk suka sesiapa yang saya nak! Saya ada hati dan perasaan! Suka hati saya nak suka siapapun dalam dunia ni termasuk Daniel!" Berdesing telinga Erin mendengar hinaan Alisya.
Tasha menekup mulutnya. "Erin..."
"Kau memang..." Baru saja Alisya mahu melayangkan satu lagi tamparan tiba-tiba badannya ditarik seseorang.
Dan...
SPLASSHHHHH!
*Double kill*
"Arghhhh! Panassss!" Kalau tadi Erin dimandikan dengan air sejuk teh o ais, kini dia disiram dengan milo panas pula. Baju Erin sudah tiada rupa baju langsung.
Buk!
*Triple kill*
Satu tumbukan dilepaskan ke arah Erin dan tepat mengenai rahang Erin. Erin terdorong beberapa tapak ke belakang.
"Aduhhh!" Erin meringis kesakitan. Pelajar lain di kafeteria hanya menyaksikan drama sebabak ini.
"Starting from now on... stay away from Daniel, Alpha, my friends and me! Stay away from us! Jangan kau muncul depan mata aku lagi... kalau tidak, aku tak tahu apa nasib kau!"
Erin memandang Medina yang semakin dingin itu. Berdiri tegak bulu romanya melihat renungan maut Medina. Tiada langsung senyuman manis, wajah yang lembut. Medina... lain.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...