MEDINA dan Daniel kembali ke sekolah selepas cuti dua hari kerana kemas rumah mereka. Medina terus mendapatkan kawan-kawannya di dalam kelas 5 Diamond.
"Girls!" jerit Medina kegirangan.
"Yowww!" balas Tasha.
Medina tersenyum manis.
Medina terus melabuhkan tempat duduknya, Daniel masih belum masuk ke kelas diikuti Alpha yang lain juga. Lepaklah tu.
"So how, hidup lepas kahwin?" usik Alisya.
"Huh, sama jer," balas Medina acuh tak acuh.
Mia memuncungkan mulutnya.
"Apa ni, Dee? Takkan tak ada benda best? Daniel tak cakap apa-apa ke?" soal Mia.
"Tak ada," jawab Medina sambil membuka buku Prinsip Perakaunan.
"Weh, suami kau dah mai!" bisik Tasha girang.
Pap!
Lengan Tasha ditampar kuat oleh Medina.
"Aduhh sakitlah Dee!"
"Kau cakap tu, cover sikit boleh tak?! Kita berempat dan Alpha jer tahu pasal aku dengan Daniel," ujar Medina.
"Yalah."
Medina kembali merenung buku teks akaunnya dan membuat kerja yang diberi oleh cikgu semasa dia cuti. Daniel yang sedang duduk di sebelahnya tidak dihiraukan. Tasha, Mia dan Alisya sudah kembali duduk di tempat masing-masing.
"Imbangan duga ni, yang ni masuk debit so yang ni masuk kreditlah kan? Tapi, kenapa tak imbang dari tadi?" gumam Medina perlahan.
"Haih..." keluh Medina lalu menggeliat kecil dan kembali merenung buku.
Daniel yang berada di sebelah Medina terasa terganggu setiap kali Medina mengeluh.
"Kau boleh tak jangan nak mengeluh? Aku nak buat kerja pun terganggu!" marah Daniel.
Medina tersentak lalu mengerling Daniel sekilas. Medina mengangkat punggung dan mengambil buku-bukunya pergi ke meja Tasha.
'Bising sangat kan? Hah aku dah jauh dari kau,' bisik hati Medina.
Daniel menjeling Medina tajam lalu sambung melalukan kerjanya.
"Apasal duduk sini?" tanya Tasha.
"Kau ajar aku macam mana nak imbangkan benda alah ni. Selagi tak imbang, kau jangan buat kerja lain!" ujar Medina dengan nada marah. Marah dengan Daniel tapi Tasha yang kena.
"Eh eh kau ni, aku pula yang kena. Yalah, hah cepat aku ajar!" omel Tasha.
Medina tersenyum nipis.
***
SAMPAI sahaja di rumah, terus Medina masuk ke rumah dan naik ke biliknya. Daniel pula merehatkan diri di atas sofa lalu memasang siaran televisyen.
Cerita CSI menjadi pilihannya. Dengan berbaju sekolah lagi Daniel selamba badak baring di atas sofa.
Medina pula membersihkan diri lalu duduk terperap dalam bilik. Hatinya masih sakit dengan Daniel.
"Kut ya pun tak suka aku, tak perlulah nak marah-marah!"
"Ohh lupa dia kan tak suka aku dari dulu lagi. Lagi-lagi dia bad boy tak guna! Malas betul nak gaduh dengan orang gila ni," omel Medina sendirian.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...