MEDINA sedang memikirkan perbincangan mereka masa subuh tadi. Benar kata Alisya, pelik apabila hanya mereka bertiga sahaja mengalami cirit birit. Mengapa pelajar lain tidak rasa sakit perut dan mencari tandas? Pelik!
"Kau fikir apa Dee? Pasal tadi ke?" soal Alisya apabila memandang Medina yang termenung memikirkan sesuatu. Laju Medina menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Aku rasa ada tak kena. Macam makanan kitaorang bertiga je yang tercemar." Medina berkata seraya menoleh ke sebelah kanan memandang Alisya.
"Aku pun tak pasti. Yang pasti kalau ada orang buat makanan kau tercemar. Aku tahulah siapa orang tu."
"Siapa?"
"Tuuu tiga unta." Bibir Alisya memuncung ke arah The Diva yang sedang bergelak tawa. Medina ketawa kecil.
"Tak baiklah tuduh diorang, Isya. Mana tahu bukan kerja diorang ke?"
"Aku ni bukan apa tau Dee. Musuh kita ni tak ramai pun. Yang paling obvious sekali, tiga unta tu jelah." Alisya masih merenung tajam ke arah tiga 'unta' yang dimaksudkan olehnya.
"Korang bincang apa ni? Macam serius je," tanya Harriz. Raihan disisinya hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Ni hal perempuan. Orang lelaki lagi-lagi macam korang berdua ni, tak layak tahu." Laju sahaja Alisya membalas tanpa memandang ke arah Harriz.
"Alaaa cakaplah. Nak tahu juga!" Raihan sudah menarik lengan Alisya berkali-kali sampai Alisya naik rimas.
"Fine!"
Alisya membuka cerita kejadian pagi buta tadi. Tidak terlepas satu pun kecuali keadaan Mia dan Tasha yang tak senonoh tu. Mulut Harriz dan Raihan berbentuk 'O' apabila Alisya menghabiskan ceritanya.
"Rasanya kalau macam tu, orang letak julap. Makanan fresh lagi kut, bukannya dah berkulat. Nampak sangatlah ada orang dengki kat korang." Harriz berkata tanpa memikirkan perkara lain.
"Tapi siapa?"
"Aku tahu siapa." Alisya pantas menjawab. Argh tak lain tak bukan...
"Siapa?"
"Tu The Monkeys." Alisya muncungkan mulutnya ke arah tiga orang gadis yang sedang bergelak tawa. Terus Harriz dan Raihan menoleh kecuali Medina yang tahu tiga monyet yang disebut oleh Alisya. The Diva.
"Tu monkeys?! Hahahahahahahahahahahaha!" Raihan melepaskan tawanya sambil pegang perut. Air mata mula mengalir dari tubir mata. Aduhai! Senak perut ketawa. Harriz hanya ketawa sekejap tidak seteruk Raihan yang masih ketawa sambil tergolek-golek.
Alisya dan Medina bosan melihat Raihan ketawa tanpa henti. Overnya mamat ni.
"Kau dah habis gelak ke?" soal Medina dingin. Raihan terus menutup mulutnya tetapi bibir cuba menahan senyum.
"Kau pasti ke Isya? Aku malaslah nak tuduh orang tanpa bukti even sudah terang diorang je musuh kita tapi..."
"Kau nak bukti?"
Medina hanya menganggukkan kepalanya sahaja bagi menjawab soalan Alisya.
"Kita boleh buat bukti tu wujud." Alisya tersenyum sinis. Medina memandangnya dengan pelik. Maksud?
"Aku ada rancangan yang baik punya." Medina, Harriz dan Raihan merapatkan diri diorang untuk mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Alisya.
***
PUTERI masuk ke dalam tandas yang berada di dorm dengan keadaan kelam kabut. Katil mereka bertiga dipandang sekilas lalu. Tiada apa yang pelik tapi rasa macam sesuatu. Ahh lantak la! Perutnya amat sakit sekarang ini.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...