38

6.6K 414 70
                                    

MALAM terakhir di Learning Academy, mereka mengadakan barbeku. Semua pelajar berasa gembira dan tidak sabar menikmati suasana itu bersama-sama.

Sekumpulan pelajar lelaki dan guru lelaki bertugas untuk membakar ayam, daging, udang dan sotong. Manakala, sekumpulan pelajar perempuan dan guru wanita bertugas untuk memasak makanan sampingan seperti menggoreng nuget, kentang, sosej dan lain-lain. Beberapa kumpulan yang lain bertugas untuk menyediakan unggun api dan pinggan serta barang untuk menikmati barbeku.

Pelajar yang lain juga sedang bersuka ria bermain bola tampar untuk melepaskan tekanan dari belajar. Usai membantu pelajar perempuan menyediakan makanan, Medina pergi ke tepi sungai untuk merendam kakinya sendirian. Awalnya ingin mengajak rakan-rakannya yang lain namun ketiga-tiga rakannya sibuk menggoreng dan mengemas.

Arus sungai yang tidak deras dan tenang amat menenangkan di telinga Medina. Dengan butiran bintang bergelimpangan di dada langit membuatkan suasana malam begitu indah. Bunyi bising dari tapak kem itu langsung tidak menganggu kerana ia agak jauh sedikit dari sungai.

Medina termenung jauh ke arah langit yang bersinar bersama kerlipan bintang dan bulan. Berharap cintanya dengan Daniel akan tetap bersinar walau pelbagai ujian yang menanti mereka. Kadangkala, risau bertandang di hati apabila terfikir perkahwinan yang sungguh awal pada usia mereka namun itu ialah takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya dan Daniel. Dia turut mendoa agar cinta yang mereka semaikan ini akan membesar dengan baik.

Terlalu leka dengan khayalan...

Bushhh!

"Arghhhhhhhh!"

Hanya dengan sekelip mata, Medina sudah berada di dalam sungai. Habis basah lencun pakaiannya kerana jatuh terlentang. Nasibnya sungguh baik apabila kepalanya tidak terhantuk pada batu yang begitu besar di sebelahnya. Ilaian tawa membuatkan Medina mendongak mencari empunya ketawa itu. Diva!

"Kau apahal?!" jerkah Medina. Mukanya diraup sekali lagi kerana basah. Dia sedar jeritannya itu cukup menarik perhatian semua orang di tapak kem kerana ia agak bergema sedikit. Azrina, Khayrene dan Puteri resah apabila terdengar beberapa suara yang semakin hampir. Kelam kabut mereka melarikan diri dari sebelum apa-apa yang berlaku.

"Oi! Nak lari mana?" Medina cuba berdiri dari terus terduduk dalam sungai yang begitu sejuk dengan suasana malam yang dingin itu namun dia terjatuh semula. Kakinya terhempap batu sungai menyebabkan terseliuh dan sakit tak terhingga. Medina mendesis kesakitan.

"Medina? Kenapa ni?" soal seseorang membuatkan Medina mengangkat kepalanya. Firman.

Dengan segera Firman terjun sungai membantu Medina yang masih terduduk dalam sungai yang sejuk itu. Tangannya menghulur bantuan kepada Medina supaya bangun. Namun, Medina hanya pandang tangan Firman dengan sepi. Dia langsung tak perlukan bantuan lelaki itu. Medina cuba bangkit sendiri namun dia terjatuh semula.

"Cuba jangan sombong sangat bila saya nak tolong. Macam mana awak boleh jatuh ni?"

Medina menjeling Firman sekilas lalu. Tidak sempat Medina membalas kata-kata Firman, satu suara menyampuk.

"Dee? Firman?" Raihan memandang mereka berdua dengan pandangan pelik. Medina mencari figura Daniel. Daniel hanya sepi di sebelah Raihan. Ahh, pasti jejaka itu salah faham dengan keadaan dia bersama Firman.

Namun apa yang dia sangkakan itu meleset sama sekali! Tanpa diduga Daniel terjun sungai mendukung Medina di hadapan semua orang yang baru tiba di pinggir sungai.

"Dah hilang akal ke sampai nak mandi sungai malam-malam macam ni? Kalau apa-apa jadi, siapa nak tanggung? Bebal. Dengan lelaki bukan muhrim pula tu. Baju pula nipis." Dingin sekali suara Daniel di corong telinga Medina. Pedas ya amat. Hati Medina tersentap teruk. Kena marah, siapa tak sentap? Medina tenung bajunya, memanglah warna gelap namun nampak lekuk badan sebab kena air.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now