TAPAK perhimpunan yang hingar bingar tidak dipedulikan oleh Medina. Matanya kini tertumpu ke arah fail miliknya yang berada di celah ketiak Daniel. Gila mental ke apa Daniel ni? Dia fikir ketiak dia tu wangi sangat ke sampai nak peluk fail aku kat ketiak dia?
Pak!
Medina menampar bahu Daniel yang sedang melangkah ke barisan kelas.
"Aduh! Apa kau ni?"
"Bagilah fail aku. Kau dah kenapa nak peluk-peluk fail aku kat ketiak kau? Entah pakai deodorant ke tidak kau ni!" Selamba saja Medina berkata seraya merampas fail miliknya lalu menjeling dan duduk di barisan kelas 5 Diamond.
"Eh eh kau ni!" Daniel menggumam kecil sambil berjalan menuju ke arah Alpha yang lain. Dia kata aku tak pakai deodorant? Tunggu aku sembur deodorant depan mata dia!
"Daniel!" Khairul melambai tangan lalu mereka berempat membuat menggosok tangan satu sama lain dan mengenggam penumbuk lalu digabungkan. Alpha!
Lalu mereka berempat seperti biasa akan ponteng perhimpunan di tempat biasa. Di mana lagi kalau buka gazebo di kawasan sunyi sekolah yang jarang orang lalu dan duduk.
"Laki kau nak pi mana tu?" Kecoh mulut Tasha menyoal.
"Suka hati riang ria dia la nak pergi mana. Kenapa? Kau nak ikut ke?" balas Medina sambil merenggangkan badannya.
"Buat apa ikut laki kau? Baik aku ikut Raihan... Aumss!"
Medina menayangkan muka jeliknya ke arah Tasha yang seperti gila bayang itu lalu memejam matanya sambil memeluk beg. Terasa matanya sudah berat bagai dihempap batu.
"Tak payah nak aums sangatlah! Sedar sikit siapa diri kau tu nak berganding dengan Raihan!" Suatu suara sengau mula menyampuk. Sengihan Tasha mula pudar.
"Eh, Mia! Kau dengar tak bunyi kata menguak? Kuat do! Aku rasa nak bagitahu tukang kebun supaya halau katak-katak dari tercemar di sekolah kita ni."
Mia terus berpura-pura mencari suara katak tersebut. Ke sana ke mari matanya melilau sekeliling...
"Tasha! Dah jumpa katak sengau tu! Tu haa! Amboi garangnya katak hijau ni!" Mia mengekek ketawa sambil memandang Kaisara yang seperti gunung berapi nak memuntahkan lawa apinya.
"Apa kau cakap?! Katak menguak?!"
"Eh kau terasa ke? Aku tak sebut nama kau pun. Hai, Kaisara!" Tasha masih lagi memanaskan Kaisara.
"Hahahahahahaha bodohlah, Tasha! Dekah sia aku! Hahahahaha!" Mia menekan perutnya akibat senak mengetawakan Kaisara. Aduh!
"Oi geng! Gelak apa? Tak ajak pun." Alisya menyampuk dengan buku nota hitamnya. Eh, bertugas ke Penolong Ketua Pengawas ni?
Alisya terus melabuhkan punggungnya si sebelah Medina yang sudah terlentok. Awallah tidur!
"Ada katak menguak. Nak tengok tak?"
"Mana mana?" Alisya sudah mula melilaukan matanya.
"Tuuuu!" Mulut Tasha muncung ke arah Kaisara yang masih statik berdiri di tempatnya dengan perasaan amarah.
"Uwaw! Katak jenis apa ni weh? Bukan kaleng-kaleng ini katak! Hahahahaha!" Gelak tiga orang gadis ini membuatkan beberapa pelajar tertoleh dua tiga kali ke arah mereka.
"Hmmm..." Medina menggumam lalu sambung lena.
"Oi, Dee! Sedap lena!"
Kaisara tiba-tiba menerpa ke arah Tasha yang masih ketawa akan dirinya bersama kawan-kawannya.
"Kau memang kurang ajar!" Terus rambut Tasha ditarik sehingga menjerit Tasha dibuatnya lalu Tasha terikut tarikan Kaisara sehingga dia berdiri. Jeritan Tasha membuatkan seluruh pelajar di tapak perhimpunan senyap dan memandang aksi drama percuma.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...