45

5K 361 89
                                    


"UNGKU Natasha Ilyas!"

Bergema butik pakaian berjenama itu apabila Alisya melaung nama penuh Tasha dengan lantang. Beberapa pelanggan dan pekerja butik menoleh ke arah sekumpulan gadis. Tasha sudah tersengih bagai kerang busuk tidak bersalah. Apa tak marahnya si Alisya apabila Tasha dengan selamba menolak dirinya dan hampir tersembam ke atas lantai. Geram!

"Ish, kau orang ni buat malu ajelah," bebel Mia lalu mengambil lagi sehelai gaun untuk dia cuba dalam fitting room nanti. Medina pula sudah menjauhi rakan-rakannya. Bukan apa, tak mengaku kawan untuk sepuluh minit sekejap. Malu teramat!

Tasha gelak, "Ala cuba relaks! Kita dah habis paper kut. Masa untuk enjoy!" Alisya hanya membuat mimik muka meniru percakapan Tasha. Menyampah!

"Sudahlah tu. Pergi pilih gaun nak beli. Jap lagi nak cari barang lain pula." Medina mengatur langkah pergi ke arah fitting room dengan beberapa helai gaun. Mia turut mengekori langkah Medina yang sudah hilang ke dalam bilik mencuba pakaian itu.

Alisya mencapai sehelai gaun warna biru pastel namun Tasha turut mencapai gaun itu. Mereka berbalas pandangan dengan tajam sekali kerana kini mereka sedang berebut gaun yang sama. Aduh!

"Aku pegang dulu, Tasha. Ni aku punya."

"Tapi, aku yang nampak dulu."

"Jangan buat hal, Tasha. Banyak lagi gaun lain. Jangan sibuk ambil yang sama dengan aku."

"Kau pun sama. Banyak lagi gaun yang cantik dari ni." Tasha masih mengenggam kuat gaun di dalam genggamannya. Alisya melepaskan keluhan.

Medina yang baru keluar dari fitting room untuk memanggil pekerja butik mencari saiz yang sesuai dengan tubuhnya teralih ke arah rakan-rakannya yang merebut gaun yang sama. Hah, sudah! Rebut gaun pula!

"Enough! Pergi cepat fitting!" Medina merampas gaun yang menjadi rebutan Tasha dan Alisya lalu menyorok di belakangnya. Biar dua-dua tak dapat.

"Lambat, aku dengan Mia tinggalkan korang." Medina menyambung kata-katanya lalu mencari pekerja butik untuk mengambil saiz badannya.

Alisya dan Tasha terkebil-kebil laku apabila Medina menjeling dari jauh, terus dua manusia itu memilih gaun dan terus berlari ke fitting room. Aura ex-badgirl bukan kaleng-kaleng.

***

AKTIVITI pertama yang bakal pelajar tingkatan lima bermain ialah senamrobik. Sebelum membuat aktiviti yang lebih memerlukan daya tahan otot dan menggunakan segala organ dalam pelbagai permainan.

"Kau tengok tu, diorang tak tegur kita pun," ujar Tasha perlahan sambil menjeling ke arah Raihan yang sedang memanaskan badan bersama ahli Alpha yang lain di barisan hadapan. Manakala, mereka berempat di barisan tengah sahaja yang dikelilingi dengan pelajar tak cukup akal. Ergh.

"Biarlah diorang. Awal-awal je acah pujuk, lepas tu bosan. Diorang buat tak tahu jelah."

"Aku sokong!" Medina merenung tajam ke arah beberapa orang pelajar perempuan yang menggedik mendamping ahli Alpha terutamanya Daniel.

"Aww!" Azrina hampir terjatuh ketika senamrobik namun sempat Daniel menyambut tubuhnya.

Daniel membantu Azrina untuk mengimbangkan badan semula, "Thank you, babe."

"No biggie." Daniel senyum ke arah gadis di hadapannya namun hanya satu hati sahaja yang terbakar menahan gelodak amarah.

Mia menggosok belakang tubuh Medina perlahan, "Sabar Dee. Bawa bertenang," bisik Mia di telinga Medina namun Medina hanya keras membatu melihat pasangan kononnya sweet sangat tu!

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now