2

13.9K 730 44
                                    

MEDINA hanya menunggu di ruang menunggu di dalam pejabat Stars Highschool sementara Tengku Mariana menguruskan pendaftaran.

"Why mommy so late, hmm?" gumam Medina.

Mata Medina meliar di setiap genap pejabat itu. Kemas, cantik. Tadi masa mula-mula masuk sekolah ni pun Medina sudah terpegun dengan kecantikkan sekolah ini. Bersih pun bersih, patutlah sekolah kluster.

"If Bella at here, confirm best!" gumam Medina lagi.

Sementara menunggu Tengku Mariana, Medina berjalan sekitar pejabat yang agak luas itu. Tiba-tiba, bahunya dilanggar dari belakang.

Aduhh, siapa pula langgar aku ni?

Medina melihat gerangan yang melanggarnya. Lelaki.

"Sorry, tak perasan." Dingin sahaja suara lelaki itu. Medina hanya mengangguk.

Lelaki itu memakai seragam berlainan dari dirinya yang hanya pelajar biasa. Medina memakai baju kemeja putih dan kot berwarna hitam bersama kain labuh warna hitam. Manakala, lelaki di hadapannya kini memakai baju kemeja berwarna krim dan kot coklat serta seluar slack coklat. Pengawas maybe?

Medina kembali duduk ke tempatnya, tak lama kemudian Tengku Mariana datang dengan senyuman di bibir.

"Ni anak saya, Tengku Medina Iris," kata Tengku Mariana kepada seorang perempuan yang memakai tudung dan baju kurung yang padan dengan tubuhnya. Mungkin guru kelas aku?

"Hai, Medina. Saya Puan Syahirah selaku guru kelas kamu," sapa Puan Syahirah.

Aku tersenyum manis.

"Hai Puan Syahirah!" Ceria Medina membalas sapaannya lalu menyalami tangan Puan Syahirah. Puan Syahirah tersenyum lebar melihat keceriaan Medina.

"Dia ni memang ceria. Happy go lucky, sebab tu dia macam ni. Tapi, happy-happy dia ni, dia nakal sikit," ujar Tengku Mariana. Medina memandang mommy semacam. Agak-agaklah kutuk anak sendiri depan cikgu. Nak sorok muka dalam bajulah macam ni.

"Ohh tak apa Puan. Medina nampak baik, saya pasti dia tak nakal pun," balas Puan Syahirah.

Medina tersenyum lebar. Ehek!

Rambut Medina yang ikat ponytail berwarna perang coklat asli dibetulkan. Rambut coklatnya ini memang ikut mommynya kerana kacukan.

"Okeylah, Dee mommy nak balik ni. Dee jaga diri elok-elok kat sini. Jaga perangai. Baiklah cikgu, saya pulang dahulu," ujar Tengku Mariana lalu berlalu pergi selepas bersalam dengan Puan Syahirah.

"Jom, Medina... pergi ke kelas kamu!" kata Puan Syahirah.

Sambil berjalan, Medina sempat berbual dengan Puan Syahirah yang sporting itu.

"Cikgu, 5 Diamond tu kelas pertama ke?"

"Ya. Untung tau dapat 5 Diamond ni, semua pandai-pandai. Susah nak masuk sini."

"Ohhh... so saya ni bertuah lah kan?"

Puan Syahirah hanya tersenyum manis lalu mengangguk.

Tiba-tiba dada Medina berdebar gila saat tiba di hadapan kelas 5 Diamond.

Kelas 5 Diamond yang tadi hanya bising kerana pelajar terus senyap apabila Puan Syahirah masuk bersama Medina. Ni senyap sebab aura Puan Syahirah ke aku sebagai pelajar baru?

"Assalamualaikum dan selamat pagi kelas!" ucap Puan Syahirah lantang.

Uish, garangnya! Tadi kemain lembut dengan aku, desis Medina dalam hati.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now