BERJALAN seiring dengan Daniel ke tapak perhimpunan agak menyeramkan apabila semua melihat ke arah mereka berdua. Lagi-lagi apabila si Daniel ni tolong bawa buku Medina. Manalah orang tak pandang? Dengan dahi yang masih memakai plaster lagi.
"Daniel."
"Hmm?"
"Semua orang pandanglah."
"Abaikan. Kau pandang aku je," ujar Daniel. Medina rasa menyampah. Geli pula.
Sehinggalah mereka beratur dalam barisan kelas 5 Diamond.
"Kau okey kan? Aku kena beratur kat barisan lelaki."
"Ya, aku okey."
"Jaga Dee tu, Tasha," pesan Daniel lalu melangkah ke barisan lelaki.
"Amboi, sungguh prihatin Putera terhadap Puterinya, ya? Siap bagi pesanan khas lagi kat aku," kata Tasha setelah melihat Daniel semakin jauh.
Medina hanya ketawa. Selama dua hari Daniel menjaganya, dia rasa Daniel sungguh prihatin dan sangat protective. Kemudian, seperti biasa perhimpunan dijalankan, pengetua membebel tidak ke sudah. Non-stop. Sekejap isu buli, disiplin, kekemasan diri, minggu aktiviti, koko, kelas tambahan dan sebagainya. Tak penat ke?
Medina sudah tersengguk-sengguk di belakang Tasha akibat mengantuk. Daniel yang ingin melihat keadaan Medina terus toleh ke belakang. Bibirnya tersenyum saat melihat keadaan Medina seperti itu.
"Kau tengok apa?" soal Khairul.
"Awek dia ah!" sampuk Raihan lalu ketawa mengekek diikuti Khairul dan Harriz.
Buk!
Satu tumbukan hinggap pada bahu Raihan. Daniel menjelingnya tajam. Auch.
Kemudian, guru disiplin iaitu Encik Farhan memegang mikrofon. Jarang dia akan tampil ke perhimpunan. Kalau dia sudah pegang mikrofon, semua akan senyap.
"Assalamualaikum dan selamat pagi."
Semua pelajar terus menjawab dengan kuat agar tidak dimarahi.
"Di sini saya nak cakap dua perkara. Pertama, kekemasan diri awak semua. Rambut berfesyen, kasut hitam tapi stokin warna pelangi, subang sampai sepuluh ditindik dan baju awak tidak kemas. Ini sekolah bapa awak ke? Kalau sekolah bapa awak, bolehlah buat macam tu!"
"Kedua, buli. Awak datang sekolah nak belajar ke buli?!" sambung Encik Farhan dan ketika itu juga semua pelajar tingkatan 5 melihat Alpha. Muka Alpha? Diorang buat muka selamba badak aje. Buat muka innoncent.
"Saya bukan cakap tentang Alpha." Keadaan terus jadi tegang dengan persoalan. Kalau buka Alpha, siapa? Alpha sahaja kumpulan pembuli yang terbesar di kawan sekolah sini. Wah! Ada kumpulan baharu ke?
"Tapi tiga orang pelajar perempuan!"
Zzap!
Medina terus mencari tiga figura yang telah tolak dirinya tempoh hari. Mana minah diva tu?!
"Tolak seorang pelajar perempuan ke dalam kolam sehingga pengsan! Awak fikir awak dah cukup bagus sangat? Seteruk-teruk Alpha, teruk lagi perangai gila awak ni!" Kelihatan Encik Farhan sungguh marah lalu seperti mencari seseorang dalam kalangan pelajar.
"Mana Sharifah Azrina, Tengku Khayrene Risha dan Puteri Nur Amalia? Saya nak berjumpa dengan awak bertiga selepas ini di bilik disiplin." Nada tegas Encik Farhan membuat semua pelajar takut. Ketiga-tiga pelajar perempuan itu sudah menundukkan kepalanya.
Medina hanya tersenyum sinis. Padan muka!
Apabila mereka semua ingin naik ke kelas apabila kelas dipanggil. Beg Medina ditarik dari belakang.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...