[ Media : Twin Rayyan and Raydan ]
RAYYAN sedang beristirahat di ruang tamu villa keluarganya sambil menonton movie dengan makan snek.
Aksi tembak menembak membuatkan dia terlampau kusyuk sehingga tidak sedar ada figura yang sudah sengih jahat.
Pap!
"Oh fire fire fire! Shoot!" latah Rayyan sambil membuat aksi menembak. Raydan pula ketawa berdekah melihat reaksi abang kembarnya yang terkejut. Dashyat betul melatah dia.
"Hahahahahahaha."
"Raydan! Mommyyy!" Rayyan menghentak kaki sambil menjerit Tengku Mariana seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula.
"Mommmmy! Tengok Aydan ni kacau Ayyan!" adu Rayyan apabila terlihat figura Datin Mariana yang baru keluar dari dapur.
"Ya Allah! Apa benda ni? Mommy nak masak pun tak tenang," omel Datin Mariana.
"Aydan ni haa! Dia kacau Ayyan tengok tv!" Rayya terus memukul Raydan. Raydan pula tidak berhenti ketawa.
"Yang kamu ni ketawa kenapa? Jangan kacau Ayyan la Aydan..."
"Mommy... you should look Ayyan's reaction! Hahahahaahahha!" Raydan masih ketawa tanpa henti. Datin Mariana hampir tersenyum tapi dia tahan sebab nak jaga hati anak sulungnya.
"Macam budak-budak! Ni kalau baby tahu perangai abang kesayangan dia macam mana. Confirm! Double and triple confirm! Dia akan bantai gelak! Hahahahahahaha," usik Raydan lagi.
"Buatlah buat. Aku tumbuk kau nanti!" Rayyan sudah menghampiri adik kembarnya manakala Raydan mula membuka langkah untuk melarikan diri.
Datin Mariana hanya menggeleng kepalanya perlahan. Perangai tak padan dengan umur. Kemudian, dia sambung melangkah menuju ke dapur. Tiba-tiba...
"Arghhh!!!" Jeritan Medina kedengaran dari tingkat atas. Rayyan dan Raydan terus berlari naik ke tingkat atas dan bertembung dengan adik bongsu mereka.
"Kenapa, baby?" soal Rayyan cemas.
"Okey tak, Dee?"
"Ni!" Medina menunjukkan telefon pintarnya dengan mata terpejam. Rayyan mengambil telefon pintar itu lalu melihat.
Gambar Momo.
Raydan merenung Medina dengan pandangan tajam. Kenapa terasa dadanya sangat sakit?
"Medina!"
"Aaaa... apa?"
"Momo je! Je!" Raydan sudah mendekati Medina.
"Hahahaha but still aku terkejut! So, aku jeritlah!" ujar Medina dalam tawa.
"Aydan..." panggil Rayyan lalu memberi isyarat mata. Raydan hanya memgangguk sahaja.
Medina sudah rasa seram sejuk lalu kakinya perlahan-lahan mengundur beberapa tapak ke belakang.
"Kejar!" jerit Rayyan.
Kelam kabut Medina berlari anak ke tingkat bawah dan sekeliling rumah keluarganya.
"Mommy! Daddy! Huwaaa help me!" jerit Medina sambil berlari.
Kakinya sudah melangkah di kawasan lama villa. Rayyan dan Raydan tidak berputus asa malah semakin kuat langkah mereka mengejar Medina.
"Arghh! Daniel! Tolong!" Medina yang ternampak Daniel yang baru pulang dari kedai terus menerkam tubuh Daniel. Terkejut Daniel dibuatnya.
"Daniel! Daniel! Arghhh!" Medina menjerit semakin kuat apabila abang kembarnya semakin dekat. Medina memeluk belakang tubuh Daniel seerat yang mungkin. Kini, Daniel menjadi perisai untuk dirinya.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...