MEE goreng basah sudah siap dihidang atas meja makan. Medina mengacau air teh di dalam jag.
"Need help?" soal Daniel ketika masuk ruang dapur kering.
"Kau tolong susun pinggan atas meja. Ambil enam pinggan," ujar Medina.
"Okey," balas Daniel lalu mengambil enam pinggan dan garpu bersertakan cawan lalu kakinya melangkah ke ruang makan.
Medina pula meletakkan jag air di atas meja kemudian kembali ke dapur.
Medina cuba mengambil bekas serbuk milo yang terletak di kabinet atas sekali.
'Siapalah yang bijak sangat letak atas sekali ni? Ni mesti kerja Daniel...' bisik hati Medina.
Medina menjengketkan kakinya sedikit untuk mencapai bekas milo tersebut. Haih.
Tiba-tiba ada tangan yang sudi menolongnya ambil bekas milo itu.
"Lain kali panggil aku kalau tak sampai ke apa. Ni terjengket-jengket." Daniel berkata selamba.
Medina berpusing menghadap Daniel yang begitu rapat dengan dirinya.
"I don't need your help. Aku boleh ambil sendiri, tapi kau yang baik sangat nak tolong aku," balas Medina.
"Ohh boleh ambil sendiri? Kalau macam tu aku letak balik." Usai berkata Daniel meletakkan kembali bekas milo di rak kabinet atas sekali.
"Daniel!"
"What?"
Daniel sudah melangkah keluar dari ruanh dapur kering.
"Daniel!" Panggil Medina sekali lagi. Medina merengus geram, Daniel sudah keluar dari dapur mungkin naik ke bilik.
"Tak guna betul!" gumam Medina seorang diri lalu menarik kerusi yang terdapat disitu dan memanjat.
"Hoho dapat pun!" ujar Medina riang lalu saat dirinya mahu turun.
"Medina!" sergah seseorang.
"Oh mommyyy!!!" jerit Medina akibat terkejut lalu kakinya tidak stabil dan...
Medina sudah memejamkan matanya erat. Tapi entah kenapa dirinya terasa diawangan.
"Ya Allah, Dee!"
Medina membuka matanya perlahan-lahan. Terlihat dirinya sudah didukung oleh suaminya sendiri. Medina peluk bekas milo menggunakan sebelah tangannya manakala sebelah lagi sudah memeluk batang leher Daniel.
"Okey tak?" tanya Daniel.
"Aku terkejut," kata Medina lalu meletakkan bekas milo di atas kaunter dan terus memeluk leher Daniel.
"Dah tak ada apalah. Kau pun hati-hatilah lain kali," ujar Daniel lalu meletakkan Medina di atas kaunter.
"Hmm kau pun kenapa tiba-tiba jerit nama aku tadi?" soal Medina tak puas hati.
"Err... tak ada apalah. Kau nak buat apa dengan milo ni?"
"Nak buat milo panas. Aku mana minum air teh untuk breakfast," jawab Medina.
"Ohh tak apalah, biar aku buatkan. Kau panggil family kau turun makan," kata Daniel lalu mengambil bekas milo di atas kaunter.
"Okey." Medina menuruni dari kaunter tapi entah bagaimana dia hampir nak terjatuh.
"Ish kau ni! Hati-hatilah," omel Daniel sambil memaut pinggang ramping Medina.
"Hehehe mana aku tahu."
Daniel merenung sepasang mata biru milik Medina. Macam manalah tak terpukau?
Medina sudah rasa kekok lagi-lagi melihat renungan hazel Daniel yang tajam itu.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...