DANIEL menuruni tangga mencari Medina. Manalah si Medina ni pergi, dah lah keluar bilik dengan keadaan marah. Haih...
Daniel melangkah ke arah Rayyan dan Rayden yang seronok menonton televisyen.
"Hah Daniel, meh lah duduk join kitaorang!" Ramah Rayyan.
"Ha'ah, meh duduk!" ajak Rayden. Daniel tersenyum lalu menggeleng kepala.
"Abang Ayyan dengan Abang Aydan ada nampak Dee tak?" soal Daniel.
"Dee? Bukan dia dengan Daniel ke tadi?"
"Tu tadi now dia keluar bilik then terus menghilang," ujar Daniel.
"Daniel dah check bilik kerja dia?" soal Raydan.
"Bilik kerja?"
"Bilik kerja Medina ni tempat dia melukis, membaca buku dan buat kerja dia tu lah but sometimes kitaorang pun ada guna bilik tu kalau nak buat kerja office. Tingkat 3 bilik tu depan gym. Ada papan kayu kat pintu tertulis 'Baby's room',"kata Rayyan.
"Bukan sometimes do, tapi selalu! ,kata Raydan lalu ketawa. Rayyan sengih.
"Ohh... tapi Baby's room?" Pelik Daniel mendengarnya.
Rayyan dan Raydan tergelak kecil.
"Kalau Daniel nak tahu, baby tu nama panggilan untuk Dee dalam keluarga ni. Biasalah dia seorang sahaja anak bongsu and adik kitaorang. So, kitaorang anggap dia still baby dengan perangai manja dia tu." Terang Rayyan.
"Ohh... okeylah, Daniel nak cari dia."
"Okey!"
Daniel terus melangkah ke lif dan naik ke tingkat 3.
Daniel mencari bilik yang dikatakan oleh Rayyan. Depan gym...
Oh ni ke?
"Macam kecil jer bilik ni," gumam Daniel lalu mengetuk pintu bilik itu. Tetapi tiada yang menyahut atau buka.
Daniel terus membuka bilik itu kerana tidak berkunci. Dan Daniel terkejut melihat segenap ruang dan isi bilik itu. Luar kau tampak bilik ini kecil tapi dalaman agak luas dan besar.
Terlihat satu susuk tubuh sedang dibuai mimpi di atas katil yang terdapat dalam bilik itu.
Tangannya menutup pintu bilik lalu langkah dibawa mendekati Medina yang sedang lena diulit mimpi.
"Dee." Panggil Daniel sambil bahu Medina dicuit sedikit.
"Medina." Kini lengan Medina digoncangkan. Medina hanya menggeliat lalu menarik tangan Daniel dan peluk. Daniel terduduk sambil mulutnya terkunci.
"Dee, bangun. Tidur kat bilik tidurlah," ujar Daniel sambil mengusap kepala Medina.
"Dee."
"Hmmm."
"Bangun."
"Malas. Nak tidur."
"Ya tidur tapi kat bilik tidur, jangan kat sini"
"Tak la... rat nak buka mata," kata Medina sambil matanya terpejam erat. Daniel tersenyum.
"Aku dukung nak?"
"Hmm cepat!" Medina sudah menaikkan tangannya meminta dukung walaupun mata masih pejam.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...