HARI ini Medina amatlah sibuk kerana ingin menguruskan hal Alpha. Ya, Alpha akan buat persembahan di Stars Highschool, bukan senang nak tengok Alpha buat persembahan di sekolah sendiri selalunya akan buat di sekolah lain. Kali ini, Stars Highschool membenarkan pelajar sekolah lain untuk menonton persembahan Alpha Band.
"Dee, mana jacket aku?" soal Khairul yang masih membetulkan rambutnya.
"Kat belakang kau."
"Dee tolong aku betulkan rambut aku." Arah Raihan.
Medina terus melangkah ke arah Raihan dan membetulkan rambutnya.
"Dee! Kasut aku mana? Ya Allah, hilang!" jerit Harriz yang kelam kabut mencari kasutnya.
"Encik Harriz, kasut awak, awak sudah pakai!" jawab Medina tegas. Harriz tengok kakinya lalu tersengih memandang Medina. Raihan dah seronok gelak bersama Khairul.
Medina bergerak ke Daniel yang sedang memakai jacket denim. Medina melihat tali kasut Daniel masih belum diikat dan rambut masih serabai.
"Daniel, duduk!" Arah Medina lalu Daniel duduk di kerusi depan cermin. Medina merapati Daniel lalu mengemaskan rambut Daniel. Medina mengambil sedikit gel rambut dan mengusap di rambut Daniel. Daniel terkejut tetapi dia biarkan sahaja.
Kemudian, Medina melutut di hadapan Daniel dan mengikat tali kasut.
"Ni kalau tak ikat, habis lah kalau kau menonong keluar. Mahu jatuh sebab terpijak. Haih...," bebel Medina sambil mengikat tali kasut Daniel. Daniel tersenyum nipis.
"Hah dah!"
"Kau orang dah ready ke?" soal Medina lalu senyum.
"Dah."
"Okay good, now aku nak pakai hoodie jap, kata Medina lalu mengambil satu jacket hoodie yang tergantung.
Medina menyarung jacket hoodie berwarna putih kerana nak serasi dengan t-shirt Alpha yang warna putih. Medina memakai seluar jeans agar sama dengan jacket denim Alpha. Hehehe.
"Jap eh aku pergi check kat cikgu, dah boleh ke belum," ujar Medina sambil memakai mask di mukanya.
"Okey."
Medina terus keluar dari bilik itu.
"Baik pula Medina tu," omel Harriz.
"Dah dia manager kita. Cuba kalau bukan? Mahu terbang baju kita semua," balas Raihan.
"Kau orangg!" jerit Medina yang terus masuk ke bilil itu.
"Oi mak kau Medina!" latah Khairul. Medina tersengih.
"Mengumpat aku eh?"
"Mana ada!" jawab Raihan gugup.
"Dah dah, jom! Semua dah ready tu. Tapi kan...."
"Tapi?" soal Alpha serentak.
"Ramai gila fans kau orang! Macam mana kalau diorang sibuk nak tahu siapa manager kau orang? Seram aku kalau diorang kejar aku," omel Medina.
"Hahahahahaha," gelak Alpha.
"Well, kitaorang memang famous pun!" Bangga Harriz.
"Dah-dah, tak payah nak riak sangat! Pergi cepat! Shuhhh!" halau Medina.
Alpha terus naik ke atas pentas. Jeritan demi jeritan langsuir kedengaran eh silap jeritan peminat-peminat Alpha.
"Aduh bingit!" gumam Medina.
"Assalamualaikum dan selamat pagi" ucap Raihan.
"Oh my god Raihan!!!"
"Alpha i love you!"
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...