BUK!
"Argh!" Seorang pelajar lelaki terjatuh atas jalan tar.
"Tu sebab kau ganggu perempuan aku!" jerkah Khairul. Lelaki mana tidak bengang apabila kekasih hati diganggu oleh lelaki lain?
Fauzan tersengih dengan bibir berdarah ke arah Khairul.
"Pe... perempuan kau? Sejak bila kau suka perempuan?" Fauzan meludah darah ke tepi.
Fauzan seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 Ruby iaitu kelas kedua terakhir. Dia ada paras rupa dan suka bergaduh tapi popularitinya tetap tidak tandingi Alpha. Fauzan juga merupakan musuh Alpha yang dengku akan kejayaan serta populariti Alpha. Selain itu, Fauzan ketua kumpulan gengster di Stars Highschool yang dikenali dengan The Fighter.
"Tak perlu sibuk hal aku. Aku bagi amaran kat kau, jangan kau dekati Mia lagi!" Keras suara Khairul berkata.
Raihan yang bersandar di tembok sambil menghisap vape hanya tersenyum sinis melihat pergaduhan antara Khairul dan Fauzan. Kalau Daniel dan Harriz ada, memang mati si Fauzan tu.
Nasib Fauzan agak baik kerana Daniel dan Harriz sedang membeli makanan di Dewan Makan.
Buk!
Fauzan menumbuk Khairul lalu menendang Khairul apabila Khairul sudah jatuh ke belakang. Raihan terkejut dan mencampak vape ke dalam semak lalu menyerang Fauzan dari belakang.
Pak! Buk!
Satu sepakan padu serta tumbukan diayun ke arah Fauzan. Fauzan jatuh dan terbaring lemah.
Khairul bangkit lalu mencekak kolar kemeja sekolah Fauzan dan menolak badan Fauzan rapat ke dinding.
"Jangan cabar aku!"
Fauzan tersengih menampakkan giginya yang berdarah akibat tumbukan padu Raihan lalu ketawa sinis.
"Kenapa? Kenapa tak tumbuk dan belasah aku? Kau... takut? Hahahahaha."
Khairul mendengus kasar dan menghanyu penumbuknya lagi. Khairul terus menumbuk tanpa henti. Syaitan merasuk dirinya. Raihan yang lihat Khairul seperti tidak waras terus menolak tubuh Khairul dari terus menghempap tubuh Fauzan.
Fauzan ketawa sinis.
"Ehem."
Serentak Khairul dan Raihan menoleh ke arah deheman seseorang itu. Aura bad boy... Bukan! Tapi aura ketua alpha yang menggerunkan seluruh remaja.
Daniel melangkah perlahan merapati Khairul dan Raihan bersama Harriz. Harriz hanya makan nuget sambil berjalan. Sedap gak.
"Daniel..." Khairul tertunduk.
"Dia ganggu Mia?" Dingin sahaja suara Daniel. Khairul hanya mengangguk.
Fauzan yang terbaring dengan darah di mulut terasa gerun apabila sedar kehadiran ketua Alpha disitu. Fauzan cuba bangun sambil meludah. Dasar pengecut kau, Khairul!
Fauzan rasa sudah tiba masanya untuk dia lunyaikan Alpha yang gah dalam kalangan remaja sekarang. Fauzan bersiul kecil sebagai tanda isyarat lalu geng Fauzan mula keluar dari sebalik koridor dengan kayu besbol yang telah dicuri dari stor sukan.
"Pengecut," gumam Raihan.
"Kau yang pengecut!" balas Fauzan.
"Whatever, doggy!"
Harriz tercengang lalu kunyahan nuget yang kesepuluh tetap diteruskan. Kemudian, keropok lekor yang rangup dimakan pula.
Khairul bertentang dengan Fauzan. Sepasang mata hitam pekat merenung sepasang mata Fauzan yang penakut.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...