56

739 76 23
                                    

HAMPIR dua puluh kali dia cuba telefon Medina namun langsung tidak dijawab. Habis saja kelas, Daniel terburu-buru pulang ke rumah apabila tahu Medina sudah tiada di universiti. Namun hampa apabila langsung tak nampak banyak Medina di rumah mereka.

Sampai saja di hadapan sebuah rumah agam mentuanya, Daniel hela nafas. Dia yakin, pasti Medina berada disini. Ke mana lagi isterinya mahu lari jika bukan di sini? Lagipun, Medina anak manja keluarga ini.

Tanpa berlengah, Daniel terus keluar dari kereta dan melangkah ke arah pintu utama. Baru saja dia menapak masuk beberapa langkah, satu suara menyapa gegendang telinga.

"Daniel?"

Dua figura kembar memandang ke arahnya. Daniel meneguk liur yang tiba-tiba terasa kesat. Melihatkan air muka Rayyan dan Raydan yang sedikit dingin tanpa segaris senyuman itu membuatkan rasa bimbang menyelubungi diri.

"Errr... Dee ada kat sini?"

Rayyan sekadar mengangguk perlahan kemudian duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Movie yang bersiaran di kaca televisyen ditonton. Namun, sepasang mata milik Raydan langsung tak beralih dari terus menerus merenung Daniel.

Pura-pura tak lihat renungan Raydan, Daniel kembali menyambung langkah.

"Dee baru je tidur. Jangan kacau dia." Suara Rayyan membuatkan langkah Daniel mati serta merta. Niat untuk menjenguk dan memujuk hati Medina terbatal.

Tubuh dipusingkan sebelum langkah diatur ke arah dua orang kembar itu. Dengar saja nada Rayyan itu, tahulah dia bahawa Medina mungkin ada mengadu apa-apa.

"Duduk, Niel."

"Dah lama ke Dee balik?" soal Daniel.

"Hmm lama la juga," jawab Rayyan.

"Err... Ayyan dan Aydan tak pergi ofis?"

Raydan memandang Daniel. "Half day. Plus, we need to take care our little sis."

Daniel menggaru leher yang tak gatal.

"Ada apa-apa Niel nak bagi tahu? Pasal... Dee dan Niel?"

Lama Daniel menggumam. "Salah faham je, Ayyan."

Lama sepasang kembar itu merenung Daniel sehingga membuatkan lelaki itu mula berasa kekok dengan situasi sekarang. Mata meliar memandang ke arah lain.

"Then, tell us about Erin."

Dengar saja sebaris ayat itu, Daniel terus kembali memandang ke arah abang ipar kembarnya itu. Erin? Macam mana Rayyan dan Raydan tahu fasal Erin?

Mungkin daripada Medina.

"Erin cuma kawan kitaorang. Not more than that. Dee pun tahu pasal ni dan dia pun kawan dengan Erin. Why? Ada apa-apa ke?" balas Daniel.

"Come on, Niel. Kitaorang tahu apa yang jadi hari ni. Nak jujur atau kitaorang yang cakap dulu?" ujar Raydan mendatar.

Riak wajah Rayyan juga berubah serius.

Daniel meneguk liurnya perlahan. Adakah fasal kejadian di universiti tadi? Erin disimbah air oleh Medina dan Alisya? Sejujurnya, sempat Daniel berjumpa dengan Mia dan Tasha selepas habis kelas tadi, dan dia juga dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara Erin dengan Medina dan Alisya.

Ya, salah dia. Daniel mengeluh panjang.

"Salah Niel sebab tolong hantarkan Erin. Tapi, tak ada niat lain pun. Just tolong dia sebagai kawan. I'm not blame Dee but i think she just misundertood about this. Sebab tu... Niel cari dia."

"Untuk explain?"

Laju Daniel angguk kepala. Dia mahu jelaskan salah fahan perihal hubungannya dengan Erin. Tak pernah dia taruhkan sebarang perasaan terhadap orang lain kecuali Medina.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now