22

11K 538 59
                                    


SEJAK pada hari itu, Medina sudah berubah menjadi seperti dahulu. Dingin dengan Daniel. Daniel juga ikut kepalanya sahaja. Gaduh, gaduh dan gaduh. Tak penat ke?

Kini, rehat sedang berlangsung... semua pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang makan di kantin dan berehat di foyer. Medina pula duduk di dalam kelas, malas mahu turun rehat.

Kepala diletakkan atas meja. Kepalanya sakit akibat memikirkan hubungannya dengan Daniel. Keluhan dilepaskan.

"Dee?" tegur satu suara.

Medina mengangkat kepalanya. Aduh, apa dia nak?

Syed Firman.

"Apa?" soal Medina lalu memandang ke tempat lain. Medina rasa janggal berdua-duaan bersama Firman di dalam kelas ini. Aduhai~

"Aku nak cakap sesuatu..."

"Cakap ajelah. Apa benda?" soal Medina kasar.

"Aku... aku..."

"Kau apa?!"

Firman menarik nafas lalu menghembus. Medina menyampah. Cakap sajalah.

"Aku..."

Bang!

Pintu kelas dihentak kuat dari luar. Muncul beberapa orang pelajar lelaki. Raihan, Khairul, Harriz dan Daniel. Daniel akhir sekali masuk ke kelas.

Medina memandang ke tempat lain apabila matanya bertembung dengan sepasang mata hazel milik Daniel.

"Kau buat kat sini?" soal Khairul.

"Aku ada benda nak cakap dengan Medina. Kau orang tak perlu nak sibuk!" balas Firman.

"Medina milik kitaorang, so apa-apa kau cakap kat dia... kitaorang perlu tahu juga," sampuk Raihan.

Firman merengus lalu berlalu keluar dari kelas 5 Diamond.

"Dee..." panggil Harriz.

Medina segera mengangkat punggungnya. Dia tidak betah lama-lama disini.

Langkah Medina terhenti saat satu tangan menarik lengannya kuat sehingga terduduk di atas kerusi. Medina memandang Raihan yang selamba menariknya.

"Nak apa?" soal Medina malas.

"Petang ni singgah bilik Alpha."

"Untuk apa? Aku malaslah..."

"Kau masih pengurus kitaorang," ujar Khairul mendatar.

"The heck?! Pergi mampus!" Medina terus melarikan diri. Ahli Alpha mengeluh. Daniel hanya diam membeku.

***

RUNGUTAN yang meniti di bibir Medina tidak henti. Pelbagai cemuhan dilepaskan seorang diri. Gazebo yang tersedia di laman sekolah dia duduk.

"Ergh!"

Medina mencampak batu-batu kecil ke dalam kolam ikan. Lantaklah!

"Hahaha guys look, siapa kat sini..." Satu suara memecahkan kesunyian di laman tersebut.

"Eh, budak perampaslah!" tawa Khayrene kawan kepada Azrina.

Ketiga-tiga gadis ala diva itu mendekati Medina yang duduk seorang diri. Medina menghela nafas. Lepas satu-satu bala datang.

Ni bala dari pelusuk mana pula?

"Kau!" Azrina menunjal dahi Medina kasar.

"Aku tak habis lagi dengan kau. Kau fikir aku akan diam ke?" Sambung Azrina.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now