35

9K 427 18
                                    

TIBA sahaja mereka di Specialist Learning Academy... Medina terus mengejutkan Daniel yang sudah terlentok di bahu kanannya. Kepala berat macam kepala gajah.

"D, bangun. D!"

Daniel menggeliat sedikit lalu membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Perkara pertama dia lihat ialah wajah Medina yang masam dan berona merah. Sudah kenapa isterinya ini?

"Kenapa, sayang?" Daniel mengenggam tangan Medina lalu mengusap perlahan dan lembut.

"Ish dia ni gatallah! Bangun, kita dah sampai ni." Medina menjegilkan matanya ke arah Daniel sambil memukul tangan Daniel yang gatal tu.

Daniel hanya menyembunyikan senyumannya.

"Bro, lekaihlah. Awatlah hang sibuk ganggu si Dee tu. Ceq sebat pungkoq hang baru tahu." Raihan mula melalut sampai guna bahasa utara.

Khairul yang mendengar terasa ada rumpai laut tumbuh di dalam lubang telinganya lalu berkata, "Kau kalau tak reti cakap utara, tak payah nak gedik nak cakap." Kepala Raihan terus disekeh dengan siku.

"Yang kat belakang tu bila nak turun?" Puan Syahirah sudah mencekak pinggang memandang lapan orang pelajar yang masih bergelut di belakang. Medina tak boleh keluar dari tempat duduknya kerana Daniel menghalang. Ni kalau aku tembak guna senapang ni, semua mati.

"Kejap cikgu. Ada anak ayam tertelan air liur." Terus Medina rempuh sahaja Daniel dan berlari turun dari bas diikuti dengan kawan-kawannya yang lain.

Alpha terpinga-pinga memandang keempat-empat gadis mereka yang sudah menuruni bas.

"Siapa ayam tertelan air liur?" soal Harriz.

Semua ahli Alpha memandang satu sama lain lalu pandangan mereka terhala ke arah Daniel. Daniel terus menunjukkan penumbuknya.

"Diam."

Raihan, Khairul dan Harriz sudah tersengih macam kerang busuk memandang Daniel. Cun la, ada bahan nak kenakan si Daniel. Mereka bertiga bertepuk tangan.

"Kamu bertiga bila nak turun? Ke nak jadi penunggu dalam bas ni?" marah Puan Syahirah apabila Raihan, Khairul dan Harriz masih bersorak dalam bas. Daniel sudah lama turun mengikut Medina.

Kelam kabut ahli Alpha yang lain berlari menuruni bas dan mengambil beg mereka masing-masing. Puan Syahirah hanya menggeleng kepala mereka dengan perlahan.

***

KELAS 5 Diamond dan 5 Sparkle digabungkan lalu dibahagikan kepada 5 kumpulan. Manakala, kelas 5 Bronze dan 5 Ruby digabungkan lalu dibahagikan kepada 6 kumpulan.

Medina, Alisya, Harriz dan Raihan satu kumpulan dengan beberapa ahli yang lain. Manakala, Mia, Tasha, Daniel dan Khairul tergolong dalam kumpulan 2 bersama pelajar lain.

Kem mereka pada kali ini adalah satu kem khas untuk bersiap sedia sebelum peperiksaan besar mereka iaitu SPM. Mereka akan belajar subjek teras dan elektif dalam kumpulan masing-masing bersama guru-guru yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hari pertama, tiada sesi perkenalan kerana pasti semua kenal antara sama lain kerana tiada gabungan sekolah. Maka, mereka terus dipecahkan ke dalam kumpulan mengikut subjek elektif yang mereka bakal duduki. Seusai mendengar ceramah kem dan beberapa perkara penting sepanjang 4 hari 3 malam disini, mereka digerakkan untuk minum malam dan terus masuk ke dorm masing-masing.

"Ish aku benci betullah gabung dengan budak Sparkle." Mia merungut sambil menepuk-nepuk bantal tidurnya sebelum meletakkan kepalanya.

"Alaa biasalah tu. Nak tak nak, kau kena terima juga. Kira okeylah tak ada gabungan dengan sekolah lain tau sebab pelajar sekolah kita pun dah cukup ramai." Medina membalas sambil makan biskut yang dibawanya bersama.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now