1

20K 860 33
                                    

SETELAH sekian lama tidak menjejaki Malaysia, dan kaki ini akan selamanya menetap di Malaysia.

"Dee, call your brothers to come here!" laung Tengku Mariana Dina.

"Okay mommy!" balas Medina.

"Abang Ayyan!" panggil Medina.

"Yes? I'm coming!" Kelam kabut Tengku Rayyan Iryan berlari ke arah Medina. Rayyan ialah abang sulungnya. Abang keduanya ialah Tengku Raydan Iryan. Yeah, mereka kembar.

"Pergi mana? Mana Abang Aydan?" soal Medina.

"Aydan pergi toilet kejap," kata Rayyan lalu mengusap kepala adiknya.

"Mommy panggil, dia minta tolong angkat barang. Abang Ayyan go help mommy, biar Dee tunggu Abang Aydan," tutur Medina.

"Alright! Bye, baby!" Sempat Rayyan mengucup kepala Medina. Medina merengus. Suka suki hati dia saja cium kepala aku.

Setelah beberapa minit menunggu Raydan, akhirnya sampai juga.

"Eh, mana Rayyan?" soal Raydan.

"Abang Ayyan go help mommy. Abang Aydan, jomlah cepat... nanti mommy nagging. You want she nag to you, huh?"

"Ohh no. Tak nak. Boleh bernanah telinga." Usai berkata Raydan ketawa diikuti Medina.

Akhirnya mereka berdua menuju ke lobi dan ke kereta keluarganya. Pemandu keluarganya di Malaysia Pak Hamid telah lama menunggu.

"Kamu berdua pergi mana?" soal mommy.

"Abang Aydan melabur lama sangat mommy. Erm, mana daddy?" jawab Medina.

"Daddy dah ada dalam kereta dengan Ayyan. Dah cepat masuk, nanti lambat sampai," ujar mommy.

Akhirnya keluarga Medina beransur pulang ke rumah mereka yang berada di Malaysia.

***

VILLA sebesar 3 tingkat menjadi tatapan Medina. Nama Villa ni Villa Garden kerana Villa ini mempunyai taman mini yang cantik dan dijaga dengan rapi.

"Dee, kenapa tercegat lagi kat luar tu? Come here!" panggil Rayyan.

"Okey!" Medina berlari ke arah abang sulungnya.

"Mommy, mana satu bilik Dee?" soal Medina setelah dapat duduk di ruang tamu. Cantik interior design macam istana.

"Bilik Dee depan bilik Abang Ayyan dengan Abang Aydan tingkat 2. Rayyan dan Raydan, suka hati kamu nak tidur bilik berasingan or sama-sama, mommy tak kisah," ujar mommy.

"Erm, nak tidur asing lah mommy. Nanti Ayyan raba Aydan!"

Pak!

Raydan mengerang kesakitan kerana diketuk oleh Rayyan.

"I'm not gay!"

Medina yang menyaksikan pertengkaran itu hanya ketawa.

"Dah-dah pergi berehat. Nanti dinner kita dinner kat luar saja," kata mommy lalu masuk ke biliknya.

"Abang Ayyannnnnnn," panggil Medina meleret.

"Yes, baby?" tanya Rayyan. Rayyan suka panggil Medina baby sebab Medina ialah anak bongsu dalam keluarga ni.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now