28

9.4K 521 46
                                    

KETUKAN pada pintu utama rumah semakin kuat apabila tuan rumah tidak dengar.

Tok! Tok! Tok!

"Oi buka pintu ni. Panas gila kat luar ni oi!"

Daniel dengan langkah yang malas menuruni anak tangga dan menuju ke arah pintu utama dengan rambut serabai. Kemudian, dia memulas tombol pintu. Klak!

"Bang, saya tak nak karpet. Boleh balik, bang." Daniel berkata seraya menutup pintu dengan keadaan mamai.

"Kau fikir aku bangla jual karpet ke?" jerit Raydan dengan wajah kemerahan akibat terkena sinaran mentari.

Terus terbuntang luas mata Daniel apabila mendengar suara Raydan itu.

"Hah? Ohh abang Aydan. Ingat bangla jual karpet tadi." Daniel tersengih memandang abang ipar kembar di hadapannya kini. Rayyan sudah mentertawakan kembarnya yang digelar bangla jual karpet.

"Gelak gelak pula kau. Kalau aku bangla jual karpet, kau pun sama tau. Lupa ke kau abang kembar aku?" Terdiam Rayyan dibuatnya. Betul juga kan?

Daniel menahan tawanya yang dari meletus, kalau terlepas... habis. Masak dia masak!

"Siapa yang datang tu?" soal satu suara dari arah belakang Daniel.

"Ayyan!" Rayyan terus memecut masuk ke dalam rumah adiknya. Medina tercengang lalu terus menyalami tangan abang sulungnya itu dan memeluk batang tubuh Rayyan yang tegap.

"Huwaa rindu Ayyan!"

"Ayyan pun rindu baby!"

Raydan melangkah masuk ke dalam banglo itu dengan wajah menjelikkan ke arah dua adik beradik itu.

"Jijik gue." Raydan menghempaskan punggungnya ke atas sofa yang begitu empuk.

"Aydan cemburu. Kan? Meh sini Dee peluk!" Medina berlari lalu melompat ke atas Raydan dan terus memeluk abang keduanya itu.

"Eee apa berat semacam ni? Baby besar ke baby gajah ni?!" Raydan mengusik Medina lalu menggeletek pinggang adik bongsunya itu.

"Gelilah! Hahahahaha geli bodoh!" Medina menolak tubuh Raydan.

Daniel hanya duduk di sofa yang khas untuk seorang sahaja sambil menonton movie yang terpapar di kaca televisyen. Rayyan merapati Daniel yang ralit itu lalu mencuit bahu adik iparnya.

Daniel hanya menjungkitkan keningnya tanda mengapa?

Rayyan yang tidak mahu Medina mendengar perbualan mereka terus memberi isyarat untuk naik ke tingkat atas dan berbual secara privasi.

Raydan yang perasan Rayyan dan Daniel sudah naik ke tingkat atas terus mengajak Medina makan di dapur.

"Dee belum habis masak lagilah. Tengah..."

"Oh shit!" carut Medina lalu berlari ke arah dapur dan melihat periuknya yang mula melimpah ruah.

Medina pantas menutup dapur gas dan mengambil kain lap yang kering lalu mengelap air rebusan yang sudah melimpah ruah di keliling periuk tersebut. Raydan hanya melihat saja tanpa membantu.

"Kau masak apa?" soal Raydan setelah melihat Medina sambung memasak.

"Sup ayam."

"Ohh, tu je?"

"Dengan bergedil pastu sambal kicap macam mommy selalu buat."

"Reti pula kau buat." Raydan mencapai sebotol air Twister di dalam peti sejuk lalu menuang ke dalam gelas.

"Helo, ni Tengku Medina Iris la! Jangan jeling sebelah mata tapi juling dengan dua-dua mata!" Medina mengibas rambutnya ke belakang. Flip hair!

Raydan mencebik. Berlagak anak samdol ni. Tudung saji diangkat lalu terlihat sepiring yang penuh dengan bergedil. Nampak lazat pula.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now