MINGGU pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun berlalu. Semua pelajar tingkatan lima fokus terhadap peperiksaan yang bakal mereka hadapi lagi. Setiap kali pelajar tingkatan lima sedang belajar di dalam kelas tanpa guru, juniors yang membuat sekolah huru-hara terus ditengking dari tembok di hadapan kelas. Dan, salah seorangnya ialah..."Oi, Botak! Diam boleh tak? Macam kanak-kanak ribena terencat akal je main kejar duduk. Aku tampar nanti, botak seumur hidup nanti kau!" Khairul menjeling budak di bawah. Raihan yang sedang bersandar di pintu kelas hanya ketawa melihat kemarahan Khairul sudah meletus.
Terus pelajar menengah bawah yang sedang menikmati waktu rehat mereka terdiam. Yang tidak kena marah pun terus bisu. Jangan main-main dengan abang Alpha. Tu belum Ketua Alpha keluar sebab sibuk bercinta...
"Nilah, sayang." Medina mempertahankan jawapan latihan subjek Kimia. Daniel pula masih menujuk jawapannya kepada Medina. Dua-dua tak nak mengalah. Alisya yang serabut dengan pertengkaran kecil mereka terus mencelah.
"Dua-dua salah." Alisya meletakkan buku latihan Medina dan Daniel ke atas meja selepas menyemak jawapan Kimia. Tercengang Medina dibuatnya malah Daniel hanya memandang tajam ke arah Alisya.
"Gaduh, tapi salah. Ni ha jawapannya." Alisya menghulur bukunya kepada Medina. Memandangkan Alisya sudah siap latihan, dia terus merehatkan mindanya dengan meletakkan kepala ke atas meja. Otak terlalu tepu untuk terima ilmu buat masa ini.
"Baby, betullah Isya buat tu," bisik Daniel lalu pantas meniru jawapan Alisya. Medina yang sedar akan hal itu turut melakukan perkara yang sama. Baguslah suami isteri tu, dua-dua meniru. Apalah nasib~
Azrina yang bersiar-siar di koridor lalu berjalan di hadapan kelas 5 Diamond terasa menggelegak hatinya apabila melihat kemesraan Medina dengan Daniel. Kakinya menghentak kuat ketika berjalan, jelingan kepada Medina sungguh tajam dan berapi.
"Tunggu kau!" Terus kakinya menghentak-hentak sambil berjalan masuk ke kelas. Raihan yang sedar akan Azrina sibuk menghentak kaki seperti kawad tersenyum sinis.
"Hentaklah kaki tu lagi. Jatuh terpeleot, aku gelak berguling je."
"HERGHHH!" Azrina menjeling lalu menghentak kakinya sekuat yang mungkin kerana terlalu geram dengan Raihan. Tanpa sempat dikawal, kasutnya terhentak senget lalu tidak seimbang dan...
Gedebuk!
Azrina sudah jatuh terduduk tengah jalan depan kelas 5 Ruby.
"Awwww!" Meraung Azrina dibuatnya sehingga satu koridor tingkatan lima bergema akibat jeritan Azrina.
"Haahhahahahahaahha aku baru je cakap. Alhamdulillah, kata-kata aku dimakbulkan!" Raihan ketawa berdekah sambil pegang perutnya. Seronok sangat mentertawakan Azrina itu. Pelajar lain turut mentertawakan Azrina dan ada juga yang berasa kasihan terhadap Azrina kerana mereka satu golongan diva.
"Mulut kau masin, bro." Khairul turut ketawa. Amarahnya terus hilang serta merta.
Tasha yang baru muncul di pintu belakang kelas 5 Diamond bersama Medina terus ketawa seperti Raihan. Medina hanya tersenyum mengejek. Azrina yang perasan akan senyuman Medina terasa dirinya kalah dengan Medina membuatkan dendam dia semakin kuat.
Azrina dibantu oleh Khayrene dan Puteri untuk bangun dari jatuh. Walaupun kakinya terseliuh sedikit, Azrina merenung tajam ke arah Medina seperti mahu menelan Medina hidup-hidup. Medina yang sedar akan hal itu hanya tersenyum sinis sahaja. Daniel pula sudah berdiri di sisi Medina sambil melihat situasi itu. Daniel tertanya-tanya apa yang sudah terjadi?
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...