57

471 68 12
                                    

NOTIFIKASI masuk tanpa henti sampai rasa macam nak meletup telefon. Medina mendengus kecil sambil masuk ke dalam kereta. Baru saja dia menghidupkan enjin, satu panggilan masuk daripada Mia.

Medina tak menjawab kerana dia mahu bergegas ke kampus sebelum Daniel keluar dan paksa pergi sekali. Ah, dia masih tak mahu hadap Daniel lagi.

Semasa memandu, panggilan daripada Mia dan Tasha masuk berkali-kali membuatkan Medina rasa sesak saja. Empat pacuan roda berhenti apabila lampu isyarat merah menyala, dia sudah hampir tiba di kampus.

Ikon hijau digesek sebelum pasang pembesar suara.

"Apa call aku macam nak roboh ni?" soal Medina.

"DAMN IT, DEE!!! Kenapa kau tak jawab?" marah Mia.

Semakin berkerut dahi Medina. "Aku tengah drive. Nak sampai kampus dah."

"Cepat, Dee. Isya... tengah mengamuk."

Serentak itu, lampu isyarat bertukar hijau. "I'm coming." Pedal minyak ditekan sedikit kuat hingga menaikkan kelajuan kereta yang dipandu. Beberapa buah kereta di lorong sebelah dipotong berkali-kali.

Bukan Alisya yang dia risaukan, tapi... Kalau ia berkait dengan Erin, dialah yang harus berhadapan bukan Alisya.

Selang 10 minit, sebuah Ferrari 488 Spider menderum masuk ke perkarangan Moonlight University sehingga menarik perhatian pelajar yang berada di sekitar situ. Kereta tersebut masuk parkir dengan sekali cubaan reverse. Medina memandang sekeliling sebelum menekan punat untuk menutup bumbung kereta.

Beg galas yang mengandungi komputer riba dan buku dicapai kasar sebelum keluar dari perut kereta. Kawasan luar universiti sangat luas dengan hiasan pokok bunga dan bangku serta beberapa buah pondok kecil untuk bersantai. Ada sesetengah pelajar sedang lepak di atas padang rumput.

Satu notifikasi masuk. Medina cuma membaca melalui smartwatch di pergelangan tangan.

Mia:
Student Lounge III

Langkah semakin dilajukan masuk ke bangunan utama universiti. Setibanya dia di hadapan pintu Student Lounge III, Medina hela nafas kasar. Tombol pintu dipulas sebelum menolak.

Kelihatan Mia dan Tasha sedang menahan Alisya dari terus mengamuk. Manakala, seorang gadis bertudung biru langit bercorak bunga kecil terduduk lemah bersama esakan.

"Isya."

Semua mata-mata disitu tertumpu pada Medina yang sedang mengorak langkah ke arah Alisya, Mia dan Tasha dengan penuh elegan tanpa secalit senyuman. Beberapa orang pelajar lain yang sedang lepak dan ada juga belajar turut menjadi penonton drama sebabak itu.

"Dee. Kau call Dee?" Alisya kerling Mia dan Tasha.

"Sebelum kau punya gila makin naik, better aku call Dee," ujar Mia senada. Alisya mengeluh.

Medina tarik tangan Alisya perlahan. "Kenapa ni?" soal Medina sambil jeling ke arah Erin yang masih tak reti nak bangun sendiri.

"This crazy wench... dah try Daniel pastu kacau Harriz pula?"

Riak wajah Medina semakin cemberut. "Apa kau cakap ni? Kenapa dengan Harriz?"

"Aku gaduh dengan Harriz sebab betina ni."

Seusai itu, Medina mengambil dua langkah kemudian mencangkung di sebelah Erin kemudian menarik tangan Erin dari terus menutupi wajah dengan kasar.

"You pissed me off for real. Stop faking your tears!" ujar Medina lalu menolak bahu Erin.

"Bau bangkai," tambah Medina lagi.

Mia senyum sinis. Tasha pula memeluk tubuh, sejujurnya dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now