8

12.2K 752 31
                                    

HARI ini hari Rabu, maka petang ini akan ada latihan kokorikulum. Medina dengan langkah malas mengorak langkah menuju ke tapak perhimpunan untuk berhimpun bersama kawan-kawannya.

"Ahli Kadet Bomba sila berkumpul di foyer."

"Ahli Kadet Polis berkumpul di tepi padang."

"Ahli Kadet Remaja berkumpul di tapak perhimpunan."

Dan pengumuman berlangsung sehingga berakhir. Medina dan Mia cepat-cepat melangkah ke barisan Tingkatan 5.

"Baiklah, pertama sekali kita akan lantik Presiden, Naib Presiden dan beberapa Ahli JawatanKuasa untuk Kadet Remaja kita." Ujar Encik Kamil selaku guru penasihat Kadet Remaja Sekolah.

Medina tidak berminat untuk mendengar tentang pelantikan ini maka dia berbual dengan Mia.

"Siapa nak calonkan sesiapa untuk menjadi presiden boleh angkat tangan!" kata Puan Kamila pula.

Tiba-tiba Khairul mengangkat tangan.

"Saya nak calonkan Tengku Izz Daniel!"

Daniel terkejut lalu menampar lengan Khairul.

"Okey, jadi ada sesiapa lagi?"

Tiada siapa angkat tangan.

"Maka Tengku Izz Daniel akan menjadi Presiden Kadet Remaja pada tahun ini. Berikan tepukan. Sekarang Naib Presiden pula, ada sesiapa nak calon?"

"Saya! Saya nak calonkan Sharifah Azrina!" Cadang seorang perempuan iaitu kawan Azrina.

Mia yang perasan menjeling tajam.

"Lagi?"

Mia cepat-cepat angkat tangan.

"Saya nak calonkan Tengku Medina Iris!" Lawan Mia lalu tersenyum sinis ke arah Azrina dan kawan-kawannya. Medina tercengang. What?!

"Baiklah, kamu berdua ke hadapan untuk sesi mengundi."

Medina sempat mencubit lengan Mia sebelum ke hadapan. Azrina juga ke hadapan dan berdiri sebelah Medina.

Puan Kamila memulakan sesi mengundi.

Medina berdoa agar dia tidak terpilih kerana Presidennya ialah Daniel! Uihh tak nak!

"Baiklah, sesi mengundi dah selesai. Majoriti mengundi... Tengku Medina Iris. Tahniah, awak jadi Naib Presiden!" ucap Puan Kamila.

Medina terkejut lalu senyum kelat. Azrina pula menjeling Medina tajam lalu duduk. Medina terpaksa berdiri di sebelah Daniel untuk melantik AJK pula.

"Asyik dengan kau jer!" omel Medina.

"Tu namanya jodoh," jawab Daniel selamba.

"Hotakmu lah jodoh!"

Daniel tersenyum.


















***









BEBERAPA hari kemudian..

Medina sedang kusyuk menulis nota Sejarah memandangkan Cikgu Bahasa Melayu ada kursus hari ini.

Medina merenggangkan badannya lalu sambung menulis sesuatu di sticky notes.

~Tengku Medina Iris~

Medina tersenyum lalu melukis corak pula. Bosan. Tiba-tiba ada orang melanggar tangannya menyebabkan lukisannya comot.

Medina mencebik, siapa pula kacau dia ni? Medina memandang sebelah, Daniel sedang kusyuk membaca buku. Tak mungkin dia. Medina padam semula lalu melukis. Sekali lagi, ada orang menolak tangannya.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now