KELUARGA Medina serta Daniel menghantar Medina dan Daniel ke KLIA.
"Jaga diri elok-elok bila kat sana nanti," pesan Mommy.
"Okey!" balas Medina lalu memeluk tubuh Mommynya.
"Jaga Dee ya, Daniel? Dia ni sekejap je dah hilang dari pandangan. Suka merayau sendirian," kata Daddy.
"Okey, Daddy!"
"Baby jangan nakal-nakal kat sana. Daniel, kalau dia ni nakal sangat, call Ayyan atau Aydan," ujar Rayyan sambil mencubit pipi gebu Medina.
"Ish abang Ayyan ni! Dee bukan budak kecil lagi tau!" omel Medina.
"Bagi Ayyan, Dee ni masih baby tau!"
Medina muncung. Ergh!
"Dah la, kang merajuk budak ni. Kau pujuk eh?" sampuk Raydan.
"Sejak bila kau baik ni? Selama ni kau la yang suka buat dia merajuk." Rayyan meluku kepala adik kembarnya.
Raydan mendengus. Tak guna punya abang!
"Dah dah, eh kamu berdua ni. Jangan usik Dee lagi...," ujar Mommy Medina.
"Sekali sekala, mommy. Tak salah kan?" kata Rayyan.
"Yalah."
Kedengaran pengumuman ke Melbourne sudah tiba.
"Baiklah, rasanya kitaorang dah kena gerak ni," ujar Daniel.
"Assalamualaikum, bye Mommy Daddy!" Medina menyalami kedua ibu bapanya diikuti dengan Daniel. Kemudian, Medina mencium pipi kedua abang kembarnya.
"Bye, brothers!"
Rayyan dan Raydan tersenyum melihat adik bongsu mereka seperti kanak-kanak ribena.
"Macam manalah Daniel boleh tahan dengan perangai Baby tu," gumam Raydan. Rayyan tersengih. Nasiblah nak...
***
SETELAH tiba di lapangan terbang, Daniel menolak troli dan mencari pekerja Daddy yang akan mengambil mereka di lapangan terbang.
Medina dengan sisa ngantuknya memeluk lengan Daniel.
"Hmm... mana pekerja Daddy?" soal Medina.
"Entahlah. Daddy kata dia tunggu kat pintu utama. Kau tak kenal ke muka pekerja Daddy tu?"
"Hmm tak."
"Hello. Mr Daniel and Miss Medina?" sapa seorang lelaki yang tinggi dan berkulit cerah.
"Oh hello. You...?"
"Sorry, just call me Faiz."
"Malaysian?" soal Daniel meminta kepastian.
"Ya. Malaysian."
"Lah cakap melayu jelah," kata Daniel.
"Hahaha maaf. Mari saya bawa ke kereta," ujar Faiz lalu memanggil beberapa orang lagi untuk membawa barang milik Daniel dan Medina.
"Daniel..."
"Hmm?"
"Aku laparlah..." adu Medina sambil mengenggam tangan Daniel.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...