MEDINA sedang mengemas pakaiannya masuk ke dalam beg. Semuanya pakaian biasa. Barang keperluannya turut dimasukkan ke dalam beg.
"Dah siap kemas ke?" soal Daniel yang sedang berdiri di muka pintu bilik.
"Sikit lagi. D?" Medina balas tanpa mengankat kepala memandang suaminya.
"Dah. Kejap je. Tak bawa banyak barang macam perempuan." Kata-kata itu membuahkan jelingan maut dari Medina.
"Nak cakap B ni perempuan yang suka bawa banyak barang lah?"
"Hmm maybe yes?" Pandangan Daniel jatuh kepada dua buah beg milik Medina di tepi katil. Banyak kan? Daniel bawa satu je beg kem.
Medina turut memandang ke arah begnya apabila Daniel memberi isyarat. Mungkin benar apa yang suaminya katakan tetapi perempuan mana boleh kalah!
"Ala dua je pun. Bukannya D yang bawa, B sendiri yang bawa kan." Medina jeling sikit.
"Amboi jeling." Daniel mendekati isterinya yang sedang berdiri tepi meja solek. Kemas apa pula lah tu?
"Mata orang bukan mata D." Marah benar ni.
"You know what, sayang?" Daniel meletakkan sebelah tangannya ke atas meja solek Medina untuk menampung dirinya dan kepalanya sengetkan sedikit melihat wajah isterinya dengan lebih dekat.
"What?" soal Medina mendatar padahal dalam hati sedang menahan getaran pabila Daniel memanggilnya dengan panggilan sayang. Aduh, gawat!
"I like when you mad. You look so beautiful and cute." Sempat Daniel mencucuk pipi gebu isterinya. Medina merengus kasar.
"Apa ni cucuk pipi? And, yalah tu cantik masa marah. I'm not stupid to believe bad boy like you!" Medina menghentak kaki dan membawa langkahnya menuruni tangga.
Daniel tersengih membiarkan Medina meneruskan perangai kanak-kanak ribenanya. Merajuk yang tak pernah habis.
"Dah cakap dia comel. Turun tangga pun hentak kaki." Jelas di pendengaran Daniel bunyi hentakkan kaki isterinya ketika menuruni tangga. Kuat sungguh!
"Macam mana nak pujuk kucing garang ni?" Daniel menggaru kepala. Tak pernah dia pujuk perempuan dalam hidupnya. Haih...
Sementara itu, Medina sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen dan di tangannya ada sebuah mangkuk kecil yang penuh dengan cereal. Mulutnya tidak berhenti mengunyah. Daniel yang baru turun dari tingkat atas langsung tidak dipandang malah bebola matanya fokus ke arah skrin televisyen sahaja.
"B."
Sepi. Medina langsung tidak menyahut mahupun menoleh ke arahnya. Fuh! Marah betul ni.
Daniel merapatkan tubuhnya dengan Medina sehingga kaki mereka terlanggar satu sama lain dan bahu mereka melekap di antara satu sama lain.
Baru sahaja Medina mahu menginjak ke tepi untuk menjauhi suaminya terus bahunya dipaut erat.
"Sayang."
Oh my god! Suara husky Daniel dan lembut menyapa gegendang telinga Medina. Jantungnya mula mengepam darah dengan lebih laju dari biasa. Ini tidak normal. Serius tidak normal!
"Babysayang."
Dup dap dup dap dup dap!
Someone please help me! Medina meraung dalam hati. Kenapa hati bad boy yang batu dingin kerikil ni boleh jadi romantis begini? Argh!
Medina cuba berlagak dingin dan tak akan mengalah mahupun tergoda dengan godaan syaitan Daniel walaupun dia sudah hampir tersungkur. Medina merengus kasar lalu cuba menolak tangan suaminya yang sudah memaut erat bahunya.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...