KELAS tambahan bermula sejak dua minggu yang lalu berjalan seperti biasa pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Alah, muka Alpha dua minggu tak ada dalam kelas tambahan. Benda-benda macam ni memang dipandang ringan oleh Alpha. Siapa nak halang? Cikgu? Students berlagak? The Fighter? The Fighter lagi teruk, siap panjat pagar keluar lagi.
Senakal-nakal Alpha, mereka cuma ponteng dalam kawasan sekolah sahaja. Port paling terbaik ialah pondok di kawasan larangan tu. The best lah sebab tak ada siapa berani duduk situ.
Daniel baring di pondok beralaskan lengannya manakala lagi tiga ahli Alpha hanya duduk santai sambil bermain telefon.
"Kadang kan, aku takut nak jawab spm. Yalah, kita ni tak pergi kelas tambahan pun. Cikgu bagi soalan spot ke apa, kita bukannya tahu pun." Raihan tiba-tiba sahaja luah kata-kata yang terbuku.
"Lek ah, Rai. Spot yang students dapat tu belum tentu betul tau. Takkan nak bergantung dengan spot?" Harriz balas senada.
"Entah kau ni. Sekali semua yang diorang target tu tak masuk? Frust lah dalam dewan nanti. Lek je, Rai. Macam tak biasa je kita study time semua tidur. Kita video call like usual la." Khairul berkata seusai Harriz membalas. Rahsia kecemerlahan mereka dalam akademik ialah belajar ketika semua orang tidur. Pelik kan? Tapi, itulah Alpha. Saja tunjuk nakal, padahal bijak.
Raihan hanya mengangguk kepala berkali-kali. Risau yang bertandang di hati mula hilang apabila mendengar kata-kata rakannya. Daniel hanya diam tak terkutik. Langsung tidak peduli dengan perbualan ahli Alpha yang lain.
"Niel, senyap je kau ni."
"Dah tak ada benda nak cakap. Kau nak suruh aku mengiau pula ke?" Selamba Daniel membalas menimbulkan geli hati pada rakan-rakannya. Aduhai, bad boy ni.
"Kau orang tahu tak..."
"Tak tahu." Pintas Daniel laju. Raihan mendengus kasar. Harriz hanya ketawa kecil.
"Tahu apa?" Khairul masih tenang di tempatnya.
"Aku rasa aku akan rindu apa yang kita buat sekarang ni. Ahh, aku rindu nak nyanyi untuk band sekolah kita lawan dengan sekolah lain. Macam manalah nanti bila kita dah habis spm? Hala tuju pun tak tentu lagi." Raihan berjeda sambil meletakkan telefonnya di dalam poket.
"Kau ni macam perempuanlah, Rai." Komen Harriz dengan sengihan.
"Bukan aku macam perempuan. Sekarang maybe kau tak rasa apa-apa, tapi sedingin dan senakal mana pun kita ni, Riz... bila kita dah berada dalam dunia dewasa, kita akan rindu balik. Masa tu, kau akan rindu nak bertumbuk dengan budak lelaki. Rindu nak buli juniors. Rindu nak sorok kasut pelajar perempuan letak atas bumbung..."
Semua terdiam. Daniel sudah duduk di hujung pondok.
"Dan terakhir, kau akan rindu Alisya." Raihan gelak jahat. Harriz menayang buku limanya ke arah Raihan.
"Aku nak rindu Alisya? Fuh, jauh panggang dari api. Tak ingin langsung aku nak rindu minah pengawas tu. Sikit-sikit nak mengamuk. Sikit-sikit nak jerit. Sikit-sikit tayang penumbuk dia tu." Harriz mengomel.
Alisya di dalam kelas yang sedang belajar terbatuk kuat lalu menggosok dadanya.
"Ada orang kutuk aku ke?" bisik Alisya perlahan.
Khairul menggeleng kepalanya perlahan.
"Sama sangat dengan kau tu. Dua kali lima aje korang ni. Bagai pinang dibelah parang." Khairul mencelah.
"Oi, bagai pinang dibelah dua lah." Raihan jentik dahi Khairul. Harriz ketawa kuat. Sakit wo!
"Eleh, samalah tu terbelah juga dua kan?"
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...