MIA menarik Alisya masuk ke dalam tandas. Sempat dia memeriksa bahawa tiada sesiapa di dalam tandas kecuali mereka berdua sahaja.
"Ada apa kau tarik aku sampai ke sini? Pukul 2 nanti aku ada kelas la," rungut Alisya apabila matanya menilik jam di pergelangan tangan sudah menunjukkam jam 1:30 petang.
"Bagitahu aku. Kau ada masalah ke?" tanya Mia dengan nada serius. Sebenarnya, bukan itu yang dia mahu tanyakan tetapi tentang Erin. Sebentar tadi Erin mengikuti mereka makan bersama-sama. Hanya Alisya sahaja mengunci mulut membuatkan dirinya berasa ada sesuatu tidak kena.
"Masalah apa? Aku okey jela," dalih Alisya. Fikirannya masih serabut tentang apa yang dia lihat semalam. Kemunculan dua orang yang dia tidak sangka. Argh!
Mia koyak sengihan dengan sinis, "Kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Aku kenal kau dah lama tau. Kita kawan dah bertahun-tahun. Kenapa kau tak suka dengan si Erin tu?"
Alisya menghembus nafas, "Tak ada apalah. Aku ter'emo' semalam."
"Emo sebab apa?"
Alisya terdiam. Patut atau tidak dia beritahu Mia perkara yang sebenar? Tetapi... dia tidak mahu keadaan menjadi huru hara. Lebih baik dia sembunyikan buat sementara waktu. Sekarang ni, ramai fikir dia bencikan Erin sedangkan semalam dia terlalu mengikut emosi dan mahu melindungi kawan-kawannya saja.
"Isya."
"Takde apa. Aku period. By the way, pasal Erin tu memang takde apa-apa. Aku cuma takde mood nak kenal dengan budak baru. Kau cakaplah kat dia kalau dia sentap ke apa dengan aku, aku minta maaf." Dia tidak mahu kawan-kawannya mempunyai salah faham antara dia dengan Erin.
Mia memincing mata ke arah Alisya. Dia tahu ada sesuatu yang kawannya itu sembunyikan tapi dia tidak mahu memaksa kerana dia pasti Alisya akan beritahu juga kelak.
"Dah tak payah nak pandang aku macam tu. Jom, blah." Alisya membuka langkah diikuti dengan Mia.
Setibanya mereka di sebuah meja yang menjadi tempat berkumpul kawan-kawannya, Alisya terus duduk tanpa menghiraukan pandangan Harriz. Mia turut duduk di sebelah Khairul dengan senyuman lebar.
"Hai Erin," sapa Alisya mendatar. Dia benar-benar tiada mood tetapi untuk memastikan bahawa dia okey saja dia menyapa Erin yang menempel di sebelah Tasha.
"Hai, Isya." Erin tersenyum lebar apabila akhirnya Alisya menegurnya. Ah, dia benar-benar memerlukan kawan di universiti ini. Tidak peduli dengan siapa, dia cuma mahu berkawan saja.
Medina hanya menyimpul senyum bila melihat mood Alisya sudah baik. Medina mencuit pipi Daniel dengan manja. "I love you," Medina. Daniel ketawa halus. Mereka berdua cuba mengawal perasaan masing-masing.
"Mula dah orang tu nak ber'sweet' depan kita. Malas aku tengok," omel Khairul.
"Hormat orang SINGLE please," sampuk Raihan. Tasha di sebelahnya menjeling tajam. Single? Ini yang dia geram ni. Single sangaaaaaat!
Pantas Tasha mencubit paha Raihan di bawah meja dengan kuat. Geram. Raihan yang ketawa mengekek terus menjerit kesakitan mengejutkan semua yang berada disitu. Mereka semua ketawa mengejek ke arah Raihan kecuali Erin yang tidak tahu apa-apa.
"Sorry, sayang," pujuk Raihan dengan mata cuba dikerdipkan berkali-kali memohon maaf.
Tasha menolak wajah Raihan yang memenuhi kornea matanya. "Eh kenapa minta maaf? Tadi kata single." Daniel ketawa mengekek, "Padan muka. Rasain lo!" Medina yang turut ketawa menepuk perlahan bahu suaminya. Bongoklah masing-masing.
![](https://img.wattpad.com/cover/159420188-288-k740656.jpg)
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romansa2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...