MEDINA tekup wajahnya ke bantal. Kejadian petang tadi masih menghantui dirinya.
Hampir saja. Nasib baik tak kena.
Sekali lagi bayangan petang tadi muncul semula. Wajah Daniel sungguh rapat dengan wajahnya.
Tanpa Medina sedar, jarinya sudah menyentuh bibir merahnya. Tak kena kan?
"Kau dah kenapa pegang-pegang bibir tu?" sergah Daniel yang baru masuk ke bilik Medina.
"Hah?" Medina blur.
"Bibir kau tu pahal? Kena sengat dengan lebah ke?" soal Daniel sarkastik lalu menghampiri katil dan duduk.
Terus terduduk Medina dibuatnya.
"Hey! Kau buat apa dalam bilik aku ni," soal Medina terkejut.
"Kau rasa? Aku tengah duduk, kau buta ke?" Soalan dibalas dengan jawapan yang menyakitkan hati.
Medina merengus geram.
"Mr Tengku Izz Daniel... ops silap! Mr Bad Boy Tak Guna, boleh tak kau angkat kaki kau dan berambus dari bilik aku?" kata Medina lembut dengan senyuman sinis.
"Hmmm tak boleh."
"Nak apa masuk bilik aku? Hah? Cepat cakap pastu blah!"
"Aku nak cakap..."
"Apanya? Lempang kang, mati kau!"
"Mommy dengan Daddy dan your twin brothers akan sampai tak lama je lagi," ujar Daniel selamba.
"Whatttt?!"
Terbuntang luas mata Medina memandang Daniel yang hanya tenang sahaja.
Ting! Tong!
Gulp!
"Da... niel?"
"Hah dah sampai pun diorang," kata Daniel lalu berdiri untuk turun ke bawah dan buka pintu.
"No no no! Daniel!" Medina menghalang dengan menarik tubuh Daniel ke dalam dakapan dari belakang.
Medina berdiri di hadapan Daniel.
"No! Big no!"
"Apa kau? Family kau datang nak jumpa kita."
"At this hour? Seriously?"
"Dee, mommy datang tu. Kang dia marah lambat buka pintu."
Daniel berura-ura untuk buka langkah.
"Ehhh kejap! Macam mana dengan kita? Bilik kita? Kan lain-lain."
Daniel diam sejenak mungkin berfikir tentang bilik mereka.
"Cakap jelah yang kau tak nak sebilik dengan aku. Apa susah?"
Pap!
"Aduhhh! Sakitlah!" Daniel menggosok dahinya perlahan setelah ditepuk kuat oleh Medina.
"Diorang tak boleh tahu! Kau gila ke babun?"
"Then, aku kunci bilik aku. Settle masalah."
Daniel terus menuruni tangga dan menuju ke pintu utama.
Medina kaku keras di hadapan biliknya.
"Mampus aku!"
Medina kelam kabut berlari ke ruang tamu. Terlihat keluarganya sudah berada di situ.
"Mommy! Daddy!" jerit Medina lalu memeluk kedua ibu bapanya.
"Kenapa datang mengejut je ni?"
"Saja. Nak tengok Dee."
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...