⚠️ WARNING ⚠️
This chapter content a little bit cheesy scene. Skip that scene if you are underage (15+).MEREKA semua sedang bersantai di laman Luxury Villa sambil menangkap gambar. Rayyan dan Raydan merancang untuk buat barbeque malam ini lalu mereka berdua meminta bantuan Se-Ri untuk bantu mereka mencari daging lembu, daging ayam dan beberapa jenis makanan laut.
Setelah siang beransur malam, mereka semua sudah berkumpul di laman belakang untuk bersiap sedia untuk barbeque. Medina, Mia, Tasha dan Alisya berada di dapur untuk memasak hidangan sampingan dan bancuh air manakala yang lelaki pula berada di luar untuk mula membakar dan panggang daging.
"Kau tak okey lagi ke dengan Daniel?" tanya Mia kepada Medina yang sedang masak japchae.
"Entah," jawab Medina sepatah.
"Kasihan Daniel tu. Kau maafkan jelah dia, eh?"
Medina senyum kelat, "Tolong ambil carrot tu."
Mia memerhati Medina yang seperti mahu mengelak dari topik Daniel. Dengan terpaksa, Mia ambil secawan lobak merah yang sudah dihiris untuk Medina.
Tasha dan Alisya melihat Medina apabila Mia beri isyarat. Mereka berdua sangka Medina hanya gaduh manja saja dengan Daniel di Seonimgyo Bridge rupa-rupanya sangkaan mereka meleset. Medina benar-benar marah dan terasa dengan gurauan Daniel.
"Dee."
"Hmm?"
"Daniel gurau je tadi tu. Kau janganlah marah sangat. Kasihan dia tau," ujar Tasha lembut.
"Betul. Diorang semua main-main je. Takkan Daniel nak cari lain pula kan? Kau je isteri dia sekarang ni." Alisya tambah lagi untuk menyokong Tasha.
Medina senyap.
"Dee."
"Pergilah masak sana. Lambat nanti, lambatlah makan," balas Medina lalu bergerak ke peti sejuk mengambil bahan lain.
***
BUNYI petikan gitar menghiasi malam barbeque mereka. Sempat mereka meminjam gitar daripada Se-Ri untuk bernyanyi malam ini.
Harriz memetik gitar dan serentak dengan itu bibir Raihan menyanyikan lagu untuk merancakkan lagi suasana mereka sambil menikmati makan malam. Rayyan dan Daniel yang masih membakar daging hanya membiarkan suasana mereka semakin bingit.
"Tak berbaik lagi dengan Dee ke?"
"Belum," jawab Daniel tanpa semangat. Dia buntu. Hanya satu kesalaham kecil, rajuk isterinya kemain panjang.
Rayyan tersenyum senget.
"Dia tak marah dah tu. Biasalah, Daniel. Perempuan memang macam tu, nak kena pujuk berkali-kali. Dee tu manja, terlebih manja sebab dia seorang je anak perempuan and bongsu. You know..."
Rayyan hela nafas sebelum menyambung kata-katanya. "Tanpa dia, keluarga kitaorang takkan bersinar. Tanpa dia, kitaorang tak mampu bahagia sehingga kini." Perit. Ya, Rayyan merasakan dadanya sangat perit saat ini. Rahsia yang disimpan oleh keluarganya daripada Medina masih kemas dalam poket masing-masing. Mereka tidak mampu dan tiada kekuatan untuk memberitahu Medina satu kebenaran.
"Kami terlalu takut kehilangan dia, sebab tu kami jaga dan manjakan dia. Dia lebih berharga dari nyawa kami semua. Dia terlalu berharga. Jadi... aku harap kau kena sentiasa sabar dengan perangai dia. Dan, sentiasa selesaikan apa-apa masalah dengan matang." Rayyan senyum nipis sambil menepuk bahu Daniel perlahan.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...