"KAU buat apa tu hah?!"
Medina terkejut akan jeritan itu sehingga terpeluk Daniel. Daniel menyambut Medina.
Ahli Alpha yang lain sudah tersengih-sengih memandang Daniel dan Medina yang saling berpelukan tapi sengihan mereka mati saat mata mereka tertancap pada satu figura iaitu musuh Alpha.
Yes, Ketua Pengawas Stars Highschool iaitu Syed Firman.
"So... sorry... aaaku tak sengaja peluk kau," ujar Medina lalu melepaskan pelukannya. Daniel turut melepaskan Medina.
"It's okay."
Medina tersenyum.
"Kau berasmara kat koridor pula? Nak ponteng perhimpunan ke apa?!" tengking Firman. Firman masih tidak perasan figura Medina kerana Medina berada di belakang Daniel.
"Kalau aku nak berasmara sekalipun, aku ada ganggu kau ke?" balas Daniel dingin. Medina tidak faham situasi ini tapi dia tahu sekarang ni situasi yang amat tegang. Medina memegang hujung kot hitam Daniel.
Daniel perasan tapi tidak diendahkan.
"Kau kalau nak buat maksiat, pergilah hotel sana!" kata Firman sinis.
Daniel hanya buat muka beku.
"Kau kalau nak join dia buat maksiat, cakap jelah." Celah Khairul selamba.
"Tak kuasa aku. Aku tak inginlah nak perempuan murahan kau orang tu!" kata Firman lantang tanpa memikirkan perasaan perempuan yang ditujukan itu iaitu Medina.
Medina tersentak lalu mengenggam erat hujung kot Daniel kerana menahan geram. Daniel sedar lalu mengusap tangan Medina agar bersabar.
"Kau jangan hina dia!" tengking Daniel.
"Apasal? Yang perempuan tu dah kenapa menyorok kat belakang kau? Pengecut huh?!" kata Firman.
Medina tidak tahan. Dia tahu suara itu, Firman.
Medina terus keluar dari belakang Daniel.
Firman terkejut. Perempuan ni? Perempuan ni lah yang dah buat dia....
"Puas hina aku?! Hah?! Puas dah ke?!" jerit Medina lantang. Alpha terkejut. Firman lagi lah, nasib tak sakit jantung.
"Kau tu dahlah Ketua Pengawas, perangai macam sial! Mulut loji!",amuk Medina.
"Aaaaku... aku minta maaf," ucap Firman.
"Aku tak fahamlah! Aku baru masuk sekolah ni semalam, dah macam-macam orang aku jumpa! Merimaskan hidup aku betul lah! Kau, kau, kau, kau, dan KAU! Boleh berambuslah!" tengking Medina kuat.
Tak semena-mena air matanya mengalir akibat terlampau marah.
Medina berlalu ke tapak perhimpunan, bahu Daniel saja dirempuh kasar. Daniel langsung tak terkesan dengan rempuhan Medina.
"Puas hati kau?" soal Daniel dingin.
"Jom blah Daniel!" ajak Raihan.
"Kau berambuslah. Aku tak faham macam mana kau layak jadi ketua pengawas," ujar Khairul.
Saat mereka ingin berlalu pergi, Harriz sempat berkata...
"Jangan kau ganggu minah tadi, kalau aku tahu kau ganggu dia... kau yang aku cari!" kata Harriz tegas.
Firman masih lagi terkejut. Perempuan tadi tu telah buat dia jantung dia berdebar gila.
"Aku kena minta maaf, aku tak sengaja," gumam Firman lalu sambung meronda di setiap blok sekolah.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...