49

3.7K 285 61
                                    

HARI kedua mereka di Pulau Jeju. Masing-masing sidah bersiap dan berkumpul di meja makan menunggu Medina dan Daniel yang masih belum bersiap.

Roti bakar disapu dengan jem strawberi dan coklat dijadikan sebagai alas perut sebelum mereka keluar mendapatkan sarapan. "Mana diorang ni? Aku dah lapar," rungut Raihan.

"Lapar abah kau! Kau dah telan lima keping roti pun lapar lagi ke?" Alisya ternganga memandang Raihan yang sedang merungut sejak awal tadi. What the..

"Kau kena faham Rai ni perut macam tong." Khairul senyum senget. Abang kembar Medina hanya menggeleng kepala melihat telatah rakan-rakan adik bongsu mereka. Memang patut mereka semua berkawan perangai semua satu kepala.

"Morning!" sapa Medina ceria.

Mia menoleh ke arah Medina, "Kau dengan Daniel buat apa oama sangat?"

Tasha di sebelah Mia terus memukul bahu gadis itu, "Hal rumahtangga orang jangan masuk campur. Kau ni... diorang kan dah kahwin mestilah ehem ehem!"

"Haah kan? Awww, aku rasa macam nak kahwin awal pula."

"Oi! Aku dengarlah! Eeee bencinyaaaa! Daniel tengok diorang ni..." Medina merengek sambil memeluk lengan suaminya.

Daniel sedang minum segelas air terus membalas, "What?"

"Tak dengar ke apa diorang cakap?" Soalan Medina dibalas dengan gelengan.

Medina menghentak kakinya berkali-kali ke arah abang kembarnya pula. "Ayyannnn! Tengok Daniel tu!"

Semua tercengang melihat Medina tiba-tiba sahaja berubah menjadi manja kecuali abang kembar Medina dan Daniel yang sudah faham benar dengan sifat manja Medina.

"Dee, kau peliklah. Oh come on, mana bad side kau?" omel Raihan.

Medina mencapai garpu disitu lalu menunjuk ke arah Raihan. Membulat mata Raihan melihat aksi Medina sebentar tadi. "Nak aku cucuk lubang hidung kau pakai garpu ni ke? Biar berdarah pastu lubang hidung besar macam gorilla!"

Semua disitu tertawa melihat wajah Raihan berubah pucat. Raydan mengambil garpu dari tangan adiknya lalu Rayyan memujuk Medina dengan lembut, "Sudahlah tu. Jomlah kita semua pergi breakfast. Se-Ri baru sampai kat luar tu." Belakang tubuh Medina ditolak dengan lembut lalu matanya memberi isyarat kepada Daniel untuk membawa Medina pergi ke kereta.

Setelah semua menaiki kereta, Se-Ri selaku pemandu mereka terus menekan pedal minyak. "Today after we go to breakfast I bring you to Seonimgyo Bridge and Jeju Folk Village Museum."

"Wow, interesting! I can't wait to go there!" Mia bertutur dengan nada girang. Dia tidak mampu menahan reaksi gembiranya kerana hari ini mereka akan mula menjelajah Pulau Jeju..

Se-Ri tersenyum lebar. Lalu, dia meneruskan pemanduannya menuju ke satu kafe yang halal untuk para pelancong menikmati sarapan yang enak di Jeju.

***

MEREKA baru sahaja tiba di Seonimgyo Bridge sepuluh minit yang lepas. Medina tak terkata melihat suasana disini. Tidak terlalu ramai pelancong saat ini dan kata Se-Ri kebanyakan pelancong akan datang waktu tengah hari dan petang namun Se-Ri mahu membawa mereka semua di sebelah pagi untuk mendapatkan udara segar.

"What do you think?"

"Fresh air and this place is so beautiful. Can we go to that bridge?"

Se-Ri angguk kepalanya lalu mereka semua tidak lepas menangkap gambar setiap sudut pemandangan. Inilah satu momen yang tidak boleh disia-siakan. Gambar.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now