DATING apa kalau setakat pergi mall dan buat window shopping? Medina menjilat aiskrim konnya yang semakin cair. Tangan kirinya digenggam erat oleh Daniel. Fikir manis ke? Eh? Sweet ke?
"Kau nak beli apa?" tanya Medina.
"Tak jual la kat sini." Tercengang Medina. Seriuslah?
"Nak beli apa sebenarnya ni?"
Daniel menghentikan langkah diikuti oleh Medina. Daniel berdiri menghadap Medina.
"Beli hati kau." Satu sengihan lebar tersungging di bibir Daniel.
"Bongok! Lawak ke?" Medina menyembunyikan pipinya yang mula merona merah.
"Tak cakap lawak tapi... sweet?"
"Gila!"
Daniel tersenyum. Haih... entah kenapa tiba-tiba saja dia mahu ajak Medina pergi dating. Seriuslah bad boy ni?
"Nak makan apa?" soal Daniel.
"Nak makan hati."
"Aikk? Kenapa ni?" tanya Daniel lembut. Medina sudah memuncungkan mulutnya.
"Aku nak beli novel inggeris tadi kau tak bagi. So, aku nak makan hati dengan kau. Huh!"
Daniel sudah tersenyum. Kenapa comel sangat ni, Medina?!
"Ya, nanti kita beli. Kau nak makan apa sekarang ni?"
"Anything?"
"Yes, anything."
"Hmm apa-apa jelah asalkan kau bayar," kata Medina.
"Makan KFC jelah."
"Tak nak KFC," pintas Medina.
"Pizza Hut?"
"Better Dominos." Medina berkata.
"Okey, then Dominos." Daniel memutuskan tempat makan.
"Bosanlah piza je." Medina merungut sambil gigit kon aiskrim yang rangup itu.
"Oh my god! Seriously, Medina?!" Daniel sudah tidak tahan. Memang semua perempuan macam ni ke? Bila tanya makan kat mana tak tahu tapi tak setuju dengan pilihan yang dibuat! Argh!
"Then, nak makan kat mana?"
"Kat mulutlah. Apa ke bodoh sangat soalan tu?" jawab Medina. Daniel audah meraup wajahnya.
"Betul-betul la, Dee."
"Tak kisah. Makan je apa-apa," kata Medina.
"Sabarlah diri," bisik Daniel kepada dirinya sendiri.
"Then makan Kenny Rogers. No bantahan! Full stop! Jom!" Daniel menarik tangan Medina untuk teruskan melangkah dan cari restoran Kenny Rogers. Medina sudah tersenyum puas dapat kenakan Daniel.
"Sabar juga eh Daniel dengan karenah aku," gumam Medina perlahan lalu berjalan seiring bersama Daniel sambil memeluk lengan Daniel. Daniel terkejut tetapi dia biarkan sahaja. Kata dating.
***
"HAHAHA kau kena! Yes!"
Alisya sudah menarik nafas lalu hembus.
"Kenapa aku perlu main game ni?! Erghh!"
"Alaaa buat jelah, Isya." Tasha sudah tersengih-sengih.
"Kau diam, Tasha! Eeee!"
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...