53

3.8K 290 114
                                    

SELEPAS habis kelas, Medina dengan Mia terus bergerak ke perpustakaan. Mereka semua dah berjanji untuk berkumpul disitu untuk belajar bersama-sama memandangkan waktu ini semua tiada kelas.

Setibanya mereka di perpustakaan, kelihatan semua sudah berada disitu.

"Dee? Duduklah..." Alisya yang baru sampai menegur Medina. Namun, Medina hanya kaku memandang seseorang yang duduk sebelah Daniel.

Mia yang sudah duduk berbual dengan Tasha. Alisya memandang Medina di sebelahnya kemudian dia memandang ke arah mana pandangan kawannya itu.

Erin.

"Dee," panggil Alisya bernada perlahan.

Medina yang baru sedar ke realiti memandang Alisya. "Kau panggil aku ke?"

"Yalah aku panggil kau. Jom, duduk sekali dengan aku." Lengan Medina ditarik kemudian dibawa mendekati kawan-kawan mereka yang lain.

"Erin, pindah tempat. Dee nak duduk sini," ujar Alisya. Mendatar.

"Hah? Ohh... tapi... kitaorang tengah bincang..."

"Kitaorang tengah buat group discussion. Dee, duduk dengan Isya kejap eh?" Kali ini, Daniel bersuara sambil memandang Medina sekilas lalu.

Medina hanya mengangguk kemudian dia bergerak ke meja sebelah. Alisya merengus perlahan lalu duduk sebelah Medina.

"Kau okey?" tanya Alisya.

"Kenapa? Aku nampak macam tak okey ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Alisya hela nafas panjang. "Kinda. Lately ni kau senyap je."

"Biasalah, banyak kerja and assignment aku kena buat. Kau pun macam tu kan?" balas Medina kemudian mengeluarkan Macbook.

Hujung bibir Alisya terangkat sedikit. "Semua rasa banyak assignment, bukan kau seorang je. Lagipun, aku tak maksudkan tu... Aku maksudkan benda lain."

Terhenti jari jemari Medina di papan kekunci. "Ben... benda apa?" Tanpa menjawab soalan Medina, Alisya memandang ke satu arah diikuti dengan Medina.

"Kau sure okey dengan semua ni?"

"Aku tak faham apa kau cuba cakap. Kau ingat aku jealous dengan Erin? Diorang cuma buat kerja kumpulan jelah. Aku okey je." Medina melarikan anak matanya kemudian cuba fokus dengan kerjanya.

"Kua boleh tipu aku dan orang lain, tapi kau tak boleh tipu diri kau. Aku wonder, kau okey ke bila Erin selalu mesej dan call dengan Daniel? Kau okey ke bila diorang selalu berjumpa dan berborak selalu? Bincang pasal assignment?"

Medina cuba mengabaikan kata-kata Alisya.

"Well, Harriz cakap diorang baru siapkan assignment semalam. Dan, rasanya tak ada assignment lain dah. Jadi..."

"Cut it off. Kau nak cakap apa sebenarnya ni, Isya?" Tepat mata Medina memandang ke arah sepasang mata milik Alisya.

Alisya merapatkan bibirnya dengan telinga Medina. "Kau patut jaga hak kau dengan baik. Jangan terlalu percayakan orang lain yang cuba nak rampas kebahagiaan kau, Dee. Apa yang kau nampak, tak sama dengan apa yang aku nampak. Apa yang kau rasa sekarang, mungkin betul... mungkin salah."

Lama mereka saling berbalas pandangan.

"Isya..." Bagaikan ada sesuatu tersekat pada keronkong membuatkan Medina tak mampu mengeluarkan kata-kata seterusnya.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now