13

11.1K 542 12
                                    

SUDAH hampir seminggu, Daniel dan Medina tiada perang dingin. Senyap di antara mereka.

Kelas 5 Diamond berasa aneh dengan Daniel dan Medina. Sudah berbaik ke? Tapi tidak nampak mesra.

Ahli Alpha dan kawan-kawan Medina yang lain perasan akan kesunyian itu. Rasa macam tak percaya tiada perang mulut, mata dan lain-lain lagi. Guru-guru yang mengajar kelas 5 Diamond pun pelik tapi mereka bersyukur kalau tidak perit nak hentikan peperangan mereka berdua.

Medina hanya senyap. Entah kenapa, dia berasa hairan dengan Daniel yang tidak menegurnya atau lebih tepat tidak mencari pasal dengannya. Kenapa?

Tapi bukan ke itu perkara bagus kerana ini apa yang Medina mahu. Tiada perang kerana dia letih. Medina memandang Daniel yang lena tidur beralaskan lengan di atas meja itu. Kenapa dia tampak dingin?

Kejap, bukan ke dia selalu dingin? Tapi masa Medina berada di bilik Alpha Band, satu habuk pun mereka berdua tidak berbual. Pelik.

'Ke dia ada plan nak kenakan aku balik ni? Mana tahu dia sengaja tak cari gaduh, last-last nanti kenakan aku kawkaw. Mana boleh percaya sangat Daniel ni. Yalah, sejak aku mandikan dia tepung haritu, tak ada pula dia balas apa-apa. Kena lebih hati-hati lepas ni. Bahaya!' getus hati Medina.

"BAHHH!!!" sergah Tasha.

"Oi tepung bahaya! Eh kau!" latah Medina diundang tawa Tasha.

"Hish kau ni!" Medina menampar lengan Tasha.

"Aduhh sakitlah, Dee!" omel Tasha.

"Padan muka!"

"Apasal kau tenung jer si Daniel tu? Bahaya tahu tak?" ujar Tasha.

"Bahaya? Apa yang bahaya?" soal Medina pelik.

"Bahayalah. Nanti elok-elok kau renung dia pastu jatuh hati. Hah macam mana? Mahu angau kau hari-hari!" seloroh Tasha lalu ketawa berdekah-dekah.

"Aku suka dia? Sampai kiamat pun tak akan! Tak ada masa eh aku nak suka dia!" balas Medina.

"Yalah Dee yalah. Cakap dengan kau mesti kau nak menang. Tapi Dee, kadang mulut aku ni masinlah juga, kalaulah kau tiba-tiba kahwin dengan dia. Fuh! Termakbul kata-kata aku!" ujar Tasha.

Medina menjeling Tasha tajam.

"Chill la Dee! Kalau kau kahwin dengan si Daniel ni pun okey apa? Sepadanlah kau dengan dia," kata Tasha.

"Gila kau?!"

"Aku tak gila weh. Kau yang gilakan dia nanti. Jangan benci sangat, lama-lama auchhh jatuh sayang," ujar Tasha lalu berlalu pergi.

Medina terkedu.

Aduhh!

Medina bangun lalu pergi ke tandas.

Daniel yang memejam mata itu menyorok mukanya yang merah. Dia juga terasa apabila Tasha mengusik Medina. Medina suka aku? Macam dia cakap sampai kiamat pun tak! Baguslah, tak adalah aku nak taruh perasaan ke apa. Malas nak layan.

Daniel memikirkan sesuatu. Dia mahu balas balik perbuatan Medina. Ingat dia lupa ke peristiwa dia mandi tepung hari itu?

Memalukan!

Tersebar gambar dia di instagram. Jatuh maruah depan peminat. Jangan main dengan api, Tengku Medina Iris.

Bad boy is back!! Yuhuuu~










***


HARI ini, Raydan menghantar Medina ke sekolahnya. Kereta Jaguar F-Type berwarna silver memarkir di tempat letak kereta.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now