[ Media : Cinta Luar Biasa ]
BERBULAN telah berlalu. Sekejap sahaja pelajar tingkatan lima Stars Highschool akan menempuhi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Dah nak spm ni, kau ada minta ampun dengan family kau tak?" soal Tasha.
"Kau dah kenapa? Baru nak sedar diri tu banyak dosa ke?" balas Mia.
"Aku tanya je. Kau ni, restu mak bapa kan penting."
"Tahulah. Hari-hari aku minta, kau tak minta ke?" Tangan Mia lincah menjahit nama di sehelai sapu tangan berwarna putih.
Alisya menatang dulang yang penuh dengan empat gelas air.
"Dee."
Medina yang leka dengan dunianya sendiri mengangkat kepala memandang Alisya sambil mengambil gelas minumannya.
"Apa?"
"Kau dah minta maaf kat laki kau ke? Syurga isteri kat suami sekarang." Dengan selamba Alisya menuturkan kata-kata pedas.
"Uhuk!" Tersembur air dalam mulut ke arah hadapan.
Mia menutup matanya. Air yang terpercik di mukanya begitu rasa enak sekali.
"Mia..." Tasha menutup mulutnya kerana cuba menahan tawa dari meletus.
Bahu Alisya sudah terhinjut-hinjut akibat ketawa sambil tangannya menahan. Medina pula tercengang.
"Deeeeeee!"
"Sorry! Aku tak sengaja! Aaaa... ni salah Isya!" Medina mengangkat kedua tangannya seolah dia tidak bersalah dan matanya menjeling Alisya yang sudah ketawa mengekek.
"Eh aku pula?"
"Of course! Kalau kau tak cakap benda macam tu, takdenya aku tersembur air ni." Medina mempertahankan dirinya yang tidak bersalah.
Mia bingkas bangun dan membawa diri ke tandas kafe. Dari menyaksikan perbalahan Medina dengan Alisya, baik dia bersihkan wajahnya yang kotor itu.
"Dahlah. Korang ni kasihan Mia. Dia tengah gigih jahit nama Khairul kat sapu tangan tu tau. Nasib tak kotor," ujar Tasha setelah tawanya berhenti.
"Alaaa manalah aku tahu Dee terkejut sampai macam tu sekali. Aku cuma tanya je. Daniel tu pun memang suami kau kan?" Alisya tidak mahu mengalah.
Mia kembali dengan wajah kering dan bersih. Tangannya kembali menjahit.
"Kau ni macam takde masa nak jahit kat rumah pula," kata Alisya.
"Ada je. Cuma aku malas la kat rumah."
"Kau kena faham Isya, dia kena layan bae kesayangan dia kat rumah!"
Pak!
"Kepala otak kau! Makin dekat nak exam, makin kotor eh otak kau tu." Mia mencebik.
Tawa empat orang gadis mula bergema di segenap ruang kafe itu. Mata-mata pelanggan lain langsung tidak diendahkan. Bukannya penting pun.
"Ni korang nak balik pukul berapa?" tanya Tasha.
"Aku kena balik awal."
"Lupa, orang tu dah ada suami kan. Kenalah balik awal, memasak, jaga pakai makan minum suami." Alisya tersengih. Hesy!
Medina hanya menayang penumbuknya ke arah Alisya. Sekali tumbuk ni, Harriz terus tak pandang dia dah. Eh, Harriz!?
"Alaa Isya, jealous ke takde orang nak layan kau?" Mia menjungkitkan keningnya berkali-kali.
![](https://img.wattpad.com/cover/159420188-288-k740656.jpg)
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Lãng mạn2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...